Zaman sekarang ini ramai ibu-ibu yang suka mekapkan muka anak-anak menggunakan alat kosmetik. Memang anak-anak nampak sangat comel lebih lebih lagi dipakaikan baju fesyen ala-ala orang dewasa. Anak-anak pun jenis tidak kisah sebab mereka lagi suka apabila mereka kelihatan seperti ibu mereka. Budak-budak kan memang suka ikut apa yang ibu mereka lakukan?
Bagaimanapun, sebenarnya anak-anak kecil tidak sesuai dipakaikan produk kosmetik kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif, sudah cantik, licin dan gebu. Jadi, apabila mereka dipakaikan mekap, lebih mudah untuk dijangkiti penyakit kulit.
Kisah yang dikongsi ini wajar diambil iktibar buat para ibu yang suka mekapkan anak-anak atau yang membelikan alat mekap mainan untuk mereka mekap sendiri. Sebenarnya alat mekap mainan itu sangat berbahaya.
Kesian sangat kan? Tidak sangka, disebabkan alat mekap mainan yang murah itu boleh menyebabkan kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital.
Lihat, comel je budaknya.
Ramai netizen yang bergelar ibu berasa risau kerana mereka ada membelikan alat mekap mainan kepada anak-anak. Nampaknya, mereka kena berhati-hati dan tidak membenarkan anak-anak bermain mekap-mekap lagi kerana risau perkara yang sama akan berlaku seperti kanak-kanak tersebut.
Netizen juga berpesan supaya jangan membeli alat mekap yang terlalu murah kerana ia sebenarnya tidak elok dan boleh memudaratkan. Kalau hendak bermekap, kenalah pandai pilih produk yang selamat. Mahal sikit pun tidak mengapa.
Sebagai ibu bapa, kena pastikan mainan yang dibelikan itu selamat kerana bukan semua mainan kanak-kanak itu sesuai untuk mereka. Betul tak? - CARI |