View: 1734|Reply: 5
|
Mekanik Ferrari Cedera Dirempuh Kimi Raikkonen
[Copy link]
|
|
Penggemar perlumbaan Formula Satu (F1) digemparkan apabila seorang mekanik Ferrari mengalami keretakan pada tulang betis dan paha akibat dilanggar kereta pelumba pasukan itu, Kimi Raikkonen ketika berada di hentian pit Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain.
Ketika kejadian, Francesco Cigarini berada di bahagian tayar belakang sebelah kiri apabila dirempuh pemandu kelahiran Finland itu akibat tersalah diberi isyarat untuk meneruskan perlumbaan walaupun hanya tiga tayar ditukar menyebabkan pasukan itu didenda sebanyak 50,000 euro (RM231,100).
Kejadian menggerunkan itu dipaparkan secara langsung menerusi saluran Sky Sports Formula One.
Dalam kenyataan dikeluarkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), ketika kejadian pada Ahad itu, kereta berkenaan dilepaskan 'dalam keadaan membahayakan keselamatan ahli pasukan dan menyebabkan kecederaan'.
Memetik Mirror, Raikkonen yang ketika itu berada pada kedudukan ketiga diarahkan berhenti serta-merta dari perlumbaan sementara rakan sepasukannya, Sebastian Vettel meraih tempat pertama.
Foto: Mirror
“Saya tidak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Malangnya dia mengalami kecederaan.
"Saya bergerak apabila lampu berwarna hijau. Tiada apa yang boleh saya katakan lagi,” kata Raikkonen kepada media. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
salah yang bagi isyarat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian kimi
Dia x salah...
Tapi nak buat.mcmana...
Mekanik tu bagi isyarat salah.maybe digerakkan hatinya utk ubah lampu tu ke hijau...
Takdir |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat aku, mekanik tu pun x alert, patutnya kaki dia mane bole kat laluan tayar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak mengharap kimi comeback. Memang luck dia malang . Dah few season |
|
|
|
|
|
|
| |
|