View: 2302|Reply: 8
|
5 Sebab Kenapa Isteri Perlu Cukup Tidur, No. 5 Tu Sangat Penting!
[Copy link]
|
|
Sudah menjadi kebiasaan pasangan suami isteri mengabaikan waktu tidur yang betul kerana tugasan harian terutama golongan isteri dan ibu yang selalunya tidak mempunyai masa tidur berkualiti.
Baru-baru ini, Taufiq Razif, seorang pemilik saluran telegram Nota Parenting Taufiq Razif berkongsi lima sebab mengapa dia mahu isterinya mempunyai tidur yang cukup.
Artikel yang menjangkau sehingga 11 ribu like itu telah menjadi bualan ramai netizen. Mari lihat apa isi kandungan mesej yang disampaikannya.
1. Kekal ramping
Menurut Taufiq Razif, isteri yang selalu tidur lambat akan mengalami kenaikan berat badan, sekali gus menjadi berisi kegemukan. Berdasarkan kajian pada tahun 2004 yang pernah dibacanya, orang yang tidur kurang daripada enam jam lebih berisiko untuk gemuk berbanding mereka yang tidur lebih daripada enam jam.
Foto: Google Imej
2. Kelihatan cantik bak bidadari
Isteri yang tidak cukup tidur akan mengakibatkan hormon cortisol (hormon tekanan) semakin banyak dalam tubuh dan akan menjejaskan kolagen pada kulit. Semakin cepat kolagen berkurangan, semakin tidak anjal kulit dan semakin cepat tua seorang wanita bergelar isteri.
Foto: Google Imej
3. Tidak mahu ingatan isteri terjejas
Kekurangan tidur juga akan mengakibatkan seseorang lebih cepat menjadi pelupa. Hal ini kerana, menurut Taufiq Razif, memori jangka panjang akan terbentuk dengan lebih mudah sekiranya mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Sekiranya kekurangan tidur, sistem memori akan terjejas.
Foto: Google Imej
Dalam rumah tangga, seorang suami memerlukan isteri yang kuat daya ingatan supaya dapat mengingatkan suami sekiranya terlupa akan sesuatu perkara. Rumah tangga akan menjadi kucar-kacir sekiranya isteri dan suami adalah orang yang pelupa.
4. Mengelakkan tekanan jiwa dan gangguan emosi
Menurut Taufiq Razif lagi, orang yang tidur kurang daripada enam jam sehari akan menghidap tekanan jiwa dan keletihan. Disebabkan itu, seorang isteri perlu mendapat tidur yang cukup. Ini kerana, keharmonian rumah tangga juga bergantung kepada emosi seorang isteri. Sekiranya isteri mengalami gangguan emosi, ia akan turut menjejaskan emosi suami dan anak-anak.
Foto: Google Imej
5. Tidak mahu isteri sering sakit
Kekurangan tidur yang ketara dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang membawa kepada kematian. Antaranya adalah serangan jantung, risiko darah tinggi dan kencing manis meningkat serta sistem imun menjadi lemah.
Foto: Google Imej
Dengan mesej yang disampaikan ini, semoga suami dan isteri boleh bekerjasama meringankan bebanan tugas masing-masing. Saling membantu akan dapat melahirkan sebuah keluarga harmoni dan anak-anak yang mendengar kata serta menghormati kedua-dua ibu bapanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Husband pun kena tidur cukup juga. Tidur ni kan utk badan rest and recover. Important for physical and mental health. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidur yang cukup penting untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
blh tunjuk kat husband ni sbb on average during weekdays, aku tido 3 jam sehari.. during weekends, 4 jam.. dia kalut dgn keja ofis, aku kalut jaga umah n anak2 wpun siangnya aku pun keja ofis gak.. so masa tido msg2 lebih kurang je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kurang tidur nanti marah marah |
|
|
|
|
|
|
|
dah kalau ada baby nak cukup tido camner? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tido lambat? aku kul 10 lebih dah terkulat2 |
|
|
|
|
|
|
|
cane tido nk cukup
setiap masa kene reply 20 grp wasap |
|
|
|
|
|
|
|
klu aku mmg tak blh tido selagi anak tak tido huhuu
klu aku tetido...abes huru hara umah dikerjakan dek anak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|