|
Untunglah! Siapa sangka dengan hanya menjualkan tudung berlogokan parti politik, pengusaha tudung tak menang tangan.
Dilaporkan ia mendapat sambutan hangat sehingga terjual sebanyak 1,000 helai buat masa ini.
Memetik Sinar Harian, pengusaha tudung, Nurul Hasikin Mat Rifin, 21 berkata dia berasa bimbang pada awalnya namun tidak menyangka bisnes tersebut membuahkan hasil.
“Mula-mula tu saya bimbang juga bila nak buat tudung politik ni, takut akan dipandang serong oleh sesetengah ahli politik yang lain.
“Tetapi saya tetap mahu mencuba terlebih dahulu serta yakin dengan rezeki Allah. Saya berjaya jual sehingga 1,000 helai setakat ini,” katanya yang tinggal di Binjai Manis.
Katanya lagi, tudung BN dan Umno paling laris buat masa ini.
Foto Sinar Harian
“Saya pernah siapkan tempahan sebanyak 300 helai tudung BN dan Umno malah selepas ini pun masih banyak lagi tempahan tudung parti sama,” katanya.
Dari segi harga, Nurul yang menjual di Facebook meletakkan harga antara RM24 hingga RM25 sahaja sehelai bergantung kepada corak dan logo parti. - CARI |
|