Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ada yang bermula dengan kegagalan kemudian berjaya. Namun ada juga yang berjaya di usia muda tetapi terus suram di penghujung hidupnya.
Semua ini adalah resam hidup jadi sebagai manusia yang dikurniakan akal dan peri kemanusiaan, cubalah membantu sekadar yang termampu.
Hal yang mengejutkan ramai netizen adalah berkenaan peserta Mentor Otai, Alina Hassan, 50 yang menceritakan kerja tetapnya adalah tukang cuci, sementara pertandingan pula diibaratkan cuba mencari peluang baru.
Ada yang memahami kenapa Alina menyara hidup dengan menjadi tukang cuci tetapi ada juga yang mengejek serta memperlekehkan kerjanya itu.
Bagaimanapun Alina tidak mengambil hati dengan kata-kata tersebut.
"Kalau orang tanya saya akan jawab dan bercerita. Diakui ada yang sedih dan simpati, tetapi tidak kurang juga yang memperlekehkan kerja ini. Mereka cakap, saya artis jadi tidak patut jadi tukang cuci. "Saya fikir balik, pada usia sebegini apa lagi pekerjaan sesuai untuk saya? Kalau tidak bekerja, saya nak makan apa? Jadi, saya anggap cakap-cakap mereka sekadar angin lalu saja. "Saya tidak perlu malu. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi saya, pekerjaan ini sangat mulia. Hati saya tenang setiap kali dapat bersihkan tempat kotor seperti tandas. Walaupun gaji tidak banyak, tapi saya puas," ujarnya yang juga menjadi protégé Siti Sarah, kepada Harian Metro.
Sebagai bekas juara Sinaran Pasport Kegemilangan 1996, ternyata auranya masih menyerlah
Alina, bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 berkata, sehingga sekarang dia masih menganggap dirinya sebagai tukang cuci meski setiap minggu tampil bergaya dalam Mentor Otai.
“Saya tidak menjangka masih ada yang sayang dan kenal saya. Malah, kadang-kadang saya lupa pernah berada dalam industri ini," katanya.
Dalam masa sama, Alina berterima kasih kepada pihak Seniman dan presidennya, Zed Zaidi kerana sudi membantu dalam proses mendapatkan tempat tinggal.
Foto Carian internet
Begitulah lumrah hidup, moga kita sentiasa membantu insan-insan yang memerlukan. - CARI
Post time 12-4-2018 11:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tolongla akak ni, bukan retis fofulerrr pong gigih nak canang cerita mintak simpati sana sini. Setakat menang sinaran (katanya) n then masuk plak kilauan emas n skrg masuk mentor otai plak.
masih terbayang-bayang heols nyanyi lagu arwah kak pah, "Teratai" masa final Sinaran Passport Kegemilangan, tapi tak ingat tahun apa ntah.. then, sheols juga ada merakam semula lagu Nek Selamiah Hassan, "Gelombang" kalau tak silap meols..
semoga retis2 skg ambik iktibar. tak semua hidup senang kalau menceburi bidang industri ni. bukan semua bnasib baik mcm TokTi, berjaya dengan bakatnya. bukan semua bernasib baik mcm Eina Azman, dpt tgkap org kaya lps tu goyang kaki. bukan semua berjaya mcm NekTa, berjaya dengan publisiti tetapi bakat biasa2 je.
jadi, beringatlah. jgn duk up to date sgt pakaian, kemewahan beg etc. simpan duit masa muda ni.
yang penting rezeki halal Kak..insyallah rezeki bumi allah ni luas..
..Asalkan jgn makan dedakzzs$ serta jadi seperti perempuan bertudung Insta yg bodoh tu yg gila nak famous dan disebabkan muka dia yg hodoh with no commercial value that is why end up dia guna cari lain utk dapatkan perhatian umum termasuk sanggup mempersendakan solat agama kita sendiri supaya pemes...totally DIMBO (since she's ugly as F***k + stupid)
p/s: since Bimbo stand for beautiful but bodohkan so DIMBO lah for those yg ugly + dumb
dia ada rekod balik gelombang salamiah hassan tu
mmg sedap sgt vokal sheols dgn arrangement dlm lagu tu
ade je dlm album yg cover die tt tepek kt atas tu
kiranya selain salamiah sendiri as original singer
alina hassan juga perform dgn sgt baik dlm lagu gelombang ni
penghayatan...superb
i hope she will perform this song again someday