CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3573|Reply: 13

Kajian: 5 Cara Ini Ternyata Berkesan Hapuskan Lemak Degil Di Perut

[Copy link]
Post time 12-4-2018 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Masalah perut buncit merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh hampir semua orang. Bukan sahaja mereka yang berbadan besar, malah mereka yang kurus turut tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.









Walaupun sudah terdapat banyak tips bagi menghapuskan lemak degil pada perut, tetapi kami tetap mahu kongsikan 5 tips ini kerana ianya sangat mudah dan tidak memerlukan usaha yang terlalu banyak cuma kena perlu pastikan anda mengamalkannya secara berterusan.


Tips #1:Banyakkan bergerak

Foto: Carian Google



Untuk permulaan banyakkan berjalan kaki dan lakukan senaman-senaman yang lain. Anda tidak perlu memaksa diri untuk melakukan senaman kardio berjam-jam lamanya kerana dengan berjalan kaki sudah mencukupi!


Menurut Dr. William Kraus, doktor perubatan di Universiti of Duke, senaman berat seperti kardio lebih cenderung membakar glukos (gula) berbanding lemak. Manakala senaman ringan akan membakar lemak lebih banyak daripada glukos (gula). Jadi, sekiranya anda ingin menghapuskan lemak degil, mulakan dengan berjalan kaki!

Tips #2: Tidur yang mencukupi (8-9 jam sehari)


Foto: Carian Google



Kedengaran aneh? Mungkin ada yang tidak tahu, tidur yang tidak mencukupi (kurang dari 5 jam) boleh menyebabkan pertambahan lemak disekeliling organ kita. Tidur sebenarnya sama penting dengan senaman.


Kajian dari Universiti perubatan Wake Forest mendapati mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi (8-9 jam) atau sebanyak yang badan perlukan menyebabkan pembentukan lemak di organ-organ badan.


Tips #3 : Lakukan senaman yoga


Foto: Carian Google



Dalam satu kajian yang dikeluarkan di Jurnal masyarakat menopaus Utara Amerika pada tahun 2012 membuktikan wanita yang melakukan yoga selama 16 minggu menunjukkan perubahan ketara dalam mengurangkan lemak badan.


Yoga merupakan salah satu senaman terbaik untuk menghilangkan lemak di perut dan ia sememangnya berkesan.


Tips #4: Banyakkan makan protein

Foto: Carian Google



Protein adalah sangat penting untuk membentuk otot. Tapi adakah anda tahu yang protein juga boleh mengurangkan lemak-lemak degil di perut? Caranya, banyakkan pengambilan protein dan kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat.


Kajian yang disiarkan di Jurnal Nutrisi dan Metabolism membuktikan bahawa diet protein boleh membantu untuk mengurangkan lemak. Tapi terlalu banyak protein juga akan menaikkan paras asid yang akan memudaratkan buah pinggang.


Tips #5: Amalkan pemakanan cuka

Foto: Carian Google



Kajian di Jepun menyatakan yang cuka dapat membantu menghilangkan lemak lebih cepat dari yang anda sangka! Dalam kajian mereka, pakar mengakui yang pengambilan cuka sangat berguna untuk meningkatkan metabolisma serta mengurangkan obesiti.


Walau bagaimanapun, cuka adalah asid dan tidak boleh diambil terus terutama sekali bagi mereka yang menghidap gastrik. Cuba campurkan cuka dengan madu dengan air suam dan minum setiap pagi. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.


Mudah bukan? Cuma perlu amalkan secara berterusan dan berdisiplin. Nak cantik kena la usaha sikit. Janganlah baru sekali cuba terus mengharapkan perut buncit hilang keesokan harinya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nanti saya try tips tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 01:44 PM | Show all posts
ok mmg berkesan, baru try tadi, dah kurang 7 kg.. terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jogging je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu bersenam dan jaga makan, nanti lama2 slim la
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 02:48 PM | Show all posts
control makan sikit
jogging & cardio sikit
just naiisss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2018 02:55 PM | Show all posts
tips 4 tu.

dh lbh kepada Diet Atkin.

Makan protein dan kurangkan karbo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 03:58 PM | Show all posts
jaga makan dn bersenam...
tu perkara wajib buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kan berjalan. Jangan jogg/lari terus. Jaga makan, kalau boleh elak makan mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 06:41 PM | Show all posts
Betul tu kena banyak bergerak kalau duduk statik je mana nak pecah lemak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang berjalan kaki tu betul. Iols kerja memerlukan banyak berjalan kaki. Turun 5kg berat terus. Sekarang kalau iols makan banyak pun tetap maintain 45kg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 10:29 AM | Show all posts
Masalahnya iols bsemangat wat seminggu jer

Pas tu kelaut... Keje plak byk duduk

Tu yg semakin mengembang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 02:00 PM | Show all posts
stop minum air manis dan ais
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips #no.2 tu
Ai paling bbakat
Lagi lama lagi baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.127014 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list