CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 3

'Hotspot' Kaki Ponteng Puasa Dipantau

[Copy link]
Post time 17-4-2018 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa kawasan panas yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa akan dipantau Pejabat Agama Islam Baling sepanjang Ramadan akan datang.




Foto: Sinar Online




Sinar Harian Melaporkan, Pegawai Agama Islam daerah Baling Mohamad Naem Awang berkata, beberapa kawasan tumpuan sekitar Baling telah dikenal pasti dan anggota bersiap sedia melakukan serbuan di kawasan terbabit.

“Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” katanya.


Tambahnya, sebagai umat Islam, tidak wajar seseorang itu mengabaikan perintah agama.

“Ia peraturan daripada ALLAH, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.

“Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 11:36 AM | Show all posts
hahaha, ada hot spot jugak ye.... yg tak puasa tu dah satu hal berdosa, ..tapi yg membodohkan pulak dh tau x puasa then sengaja makan di khayalak ramai ..kalau x puasa bro, lu pergi je drive thru then makan lah mana2 asalkan x di khalayak ramai ..harap bulan ramadhan yg akan dtg ini menjadikan saya sendiri seorang muslimin yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya, insyallah.,.,amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 12:21 PM | Show all posts
Ia peraturan daripada ALLAH, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.


ooo..peraturan dari awloh..jadi awloh ade cakap suruh pi tangkap ke?denda berapa  ke?kena parade dalam van jenazah ke?ni peraturan awloh ni ade kena mengena dosa tak puasa dosa antara si manusia ngan tohan ke..or dosa manusia sama manusia ..

lagu mana yang awloh sendiri kecuali kan berpuasa?sakit,uzur,kanak2..musafir..tak anuti agam ko..tak percayai tafsiran ko etc2?

Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,


err...kat sini..orang tak berpuasa senantiasa hormat orang berpuasa..depa semua nak MAKAN di RESTOREN...
RESTOREN adaalah tempat MAKAN...bukan tempat BERPUASA..ade paham lobai?

jadi yang tak menghormati adalah ummah dan lobai yang pi SERBU dan TNAGKAP orang makan di restoren..

yang keluar ARAHAN suruh RESTOREN tutup..bila orang dikecuali kan dari berpuasa nak makan tiada tempat KHUSUS untuk makan..sampaikan makan sorok2 pun korang pi tangkap..depa sorok sebab ikut kata ko la"menghormati orang puasa"
ko tu bangang tak hormat orang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 12:23 PM | Show all posts
ooo kat Baling
nasib baik bukan Kuantan
selamat lagi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047948 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list