View: 5168|Reply: 23
|
Nasi Beriani Roket Meluncur Laris, Sekali Rasa Pasti Mengigau!
[Copy link]
|
|
Mencari kelainan nasi beriani? Nasi beriani gearbox kambing kini menjadi tarikan utama restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka.
Oleh kerana menu istimewa ini, ramai pelanggan mengunjungi restoran ini demi merasai keenakan gearbox kambing yang menjadi tular.
Pengasas bersama restoran ini, Siti Hafiza Abdul Manaf, 31, berkata setiap hari lima ekor kambing diperlukan bagi memenuhi permintaan orang ramai.
"Idea membuat beriani gearbox kambing ini datangnya daripada pemilik Md Othman Salamon ketika membeli barang di pasar.
"Dia beli sedikit gearbox, bawa balik dan tanya boleh ke kita buat beriani gearbox supaya ada kelainan berbanding kedai-kedai lain? Lepas itu terus jadi," katanya dipetik daripada Malay mail Online.
Foto: Malay Mail
Sebelum ini, Othman, 57, merupakan seorang pengusaha katering untuk majlis perkahwinan. Dia kemudian membuka restorannya di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Menurut Hafiza, nasi beriani roket ini dengan slogan "sekali rasa pasti mengigau" dimasak dengan rempah resepi tersendiri. Ianya terpilih dan berkualiti tinggi.
Sepinggan nasi beriani gearbox kambing berharga RM12. Manakala, nasi beriani lain seperti beriani ayam, daging dan ayam goreng rempah berharga RM8.
Foto: Malay Mail
Beroperasi sejak 26 Februari 2017, restoran ini juga turut dikunjungi rakyat Singapura dan Brunei selain daripada rakyat Malaysia sendiri. Dibuka 11.30 pagi hingga 7 malam, lebih 800 pinggan nasi beriani terjual pada hari biasa, manakala 1,000 pinggan di hari minggu.
Ia digelar nasi beriani roket kerana beberapa bulan lalu, tular foto restoran ini memasak nasi menggunakan kukusan silinder yang berbentuk seakan-akan roket. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis keraian dan jamuan.
Apa lagi? Hujung minggu ini, bawalah kaum kerabat terjah restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dpt tulang gearbox ada isi RM 12 bagi kaka berpatutanlah. sbb kalau kerja kahwin , kaka guna teknik halimunan cari gearbox dalam kawah dpt 5 ketul tumbang dah siapa ada sakit darah tinggi ke, kencing manis hati2 dengan daging kambing. dah makan kena cover dengan daun belalai gajah atau bekam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi harga dia mmg murah la..
Iols.oenah rasa nasi ereb yg murah kat kg baru..jalan.raja alang ke apa.tah..area kesai.borong buah tu..
Sedapssss |
|
|
|
|
|
|
|
i dah pernah pergi. memang murah.
i datang awal sebelum kedai buka tapi dah ramai yang tunggu. siap beratur lagi.
bila kedai buka je, masing2 terus beratur and chop meja. terus penuh.
penangan MAJALAH 3 maybe.
sedap je.
tapi i lagi suka nasi kambing 40 hari tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 kualiti terjaga, jgn la bila dah ramai ni, harga makin naik n rasa pun dah kelaut.
semoga perniagaan terus maju jaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan Melaka ni akak macam.... Skeptikal banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke sedap ni?
dorg ni kadang tak reti merasa, aku bukan apa..sebab aku terer masak jadiknya makanan luar selalunya tak up to my family's standard.
kata sedap, sedap..sekali? hampeh tak sedap
baik masak sendiri lebih berkualiti |
|
|
|
|
|
|
|
btl la...sama la mcm aku...
org tu ckp sedap...org ni ckp sedap...skali pg mmg x kena dgn tekak aku...
blk aku akan masak sndr...baru puas hati...beruntung kan pandai masak...
masak la apa pun semua menjadi...tp aku x pandai membaking
aku blh masak masakan penang sahaja ye
|
|
|
|
|
|
|
|
khenzzzz
sedih amat, cakap sedap, sedap... sekali?..hurmmm tak sedap pun? awat ramai beratoq? heran cheq!
aku suka gak baking tapi dah lama tak baking kekdahnya oven plak rosak. nak pi ganti baru pun takdan,
btw, nasi beriyani sedap ni bergantung selera masing2 jugak kan, ada yang suka lauk manis2, ada yang suka lauk pedas sikit.
aku paling menyampah nasi beriyani mamak, penuh rempah sampah tak rasa nasi pun, gigit sikit tergigit kayu manis, gigit lagi tergigit cengkih yaampun tah hapa2
lagi nak komen, yang diorg dok viral keria melaka haji jalil tu, aku rasa hmm biasa jelah, okla banyak ubi keledek tapi apsal viral sangat? nothing so special kan
|
|
|
|
|
|
|
|
malas dah nak percaya pasal viral tempat makan best ni.... sebab dah banyak tempt pergi asyik kecundang je.. indah kabar dari rasa |
|
|
|
|
|
|
|
setuju,
asam pedas melaka yang konon2 kedai sini sana sedap tu sangatla overrated. kerani kat opis ai buat asam pedas melaka lagi sedap piyau meletops ketibas
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju,
rasa tertipu dgn asam pedas overrated melaka tu.
Dahle mahal, kebersihan diragui, sayur kobis ntah apa2 mahal gila.
sama dgn mee popular tu, tk sedap langsung wlau letak sambal. sorry.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku x la pndai masak tp kdg2 beria org kata sedap sgt
tp bila aku test biasa2 jerk..
selera masing2 kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab orang kata sedap ni susah nak percaya sebab ada yang kata sedap bila dah cuba sendiri tak ler sesedap mana biasa2 je kadang tu tapi sebab dah di viral ramai je berkunjung |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul sodap, okayla..sebab kadang tak sodap di tekak konah, walau orang lain kemaen puji melangitt |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 24-4-2018 12:25 PM
khenzzzz
sedih amat, cakap sedap, sedap... sekali?..hurmmm tak sedap pun? awat ramai ...
Stuju sngt pasal beriani mamak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sama la dgn aku
bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi mmg mcm tu, org ckp sana sini sedap, tp bila kita rasa tak kena dgn tekak kita....
masak sendiri lagi best blh adjust ikut tekak..
ada tu bila berserita dgn kita, dia punya word "SEDAPPPPP" tu mcm sedap sgt, tp bila kita try biasa je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|