Boleh dikatakan semua orang menggunakan handphone bagi memudahkan untuk berhubung dan pelbagai gunaan lain. Bateri handphone pula boleh bertahan sepanjang hari bergantung kepada penggunaan dan semestinya perlu dicas bagi membolehkan ia diguna untuk hari seterusnya.
Oleh itu, ramai yang mengambil peluang mengecas handphone pada waktu malam iaitu ketika sedang tidur sedangkan ia boleh mengundang bahaya.
Apa yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Syuhairah Yusof wajar diambil pengajaran buat semua. Wanita ini berkongsi cerita detik cemas dan menakutkan apabila dia membayangkan dirinya rentung seperti tilam yang digunakan untuk tidur. Ini kerana, pengecas telefon yang sedang digunakan itu tiba-tiba meletup ketika dia sedang nyenyak tidur dan menyebabkan berlaku kebakaran kecil.
Inilah keadaan sebahagian tilam yang terbakar dan rentung. Wanita ini terus fobia dan terbayang nasib mereka yang meninggal dalam kebakaran kerana jarak api sangat dekat dengannya ketika itu.
Netizen masing-masing berpesan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan agar berhati-hati. Sudah banyak kes pengecas telefon dan powerbank meletup secara tiba-tiba tetapi ramai yang tidak ambil berat dengan faktor keselamatan.
Komen netizen menunjukkan terlalu ramai yang suka mengecas handphone pada waktu malam. Ini kerana handphone tidak digunakan ketika sedang tidur dan mereka mengambil peluang untuk mengecasnya.
Netizen ini pula sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematikan semua suis elektrik dirumah ketika sedang tidur. Tidak ramai yang mempunyai sikap sebegitu tetapi ramai yang mengambil mudah dalam segala hal termasuk faktor keselamatan.
Jadi, pastikan kalian tidak menggunakan pengecas yang terlalu murah dan tiada kelulusan keselamatan. Jika boleh, elakkan juga mengecas handphone sepanjang malam ketika sedang tidur walaupun menggunakan pengecas yang mahal. Malang tidak berbau. Setuju tak?- CARI |