View: 1687|Reply: 6
|
Pembantu Rumah Tertekan Cuba Bunuh Diri
[Copy link]
|
|
Seorang pembantu rumah dari Kemboja cuba terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau, Ipoh, kelmarin.
Difahamkan, tekanan menjadi punca wanita dalam lingkungan usia 25 tahun itu cuba bunuh diri.
Foto: Sinar Online
Memetik Sinar Online, wanita berkenaan bagaimanapun dapat diselamatkan selepas dipujuk pihak polis dan majikannya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Khairuddin Hussin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 10.09 pagi.
“Lima anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati seorang wanita berada di hujung balkoni cuba untuk terjun.
“Mangsa diselamatkan polis dan tuan rumah setelah dipujuk. Bagaimanapun, mangsa bertindak agresif dengan meronta-ronta,” katanya.
"Mangsa berjaya diselamatkan dan operasi tamat kira-kira jam 11 pagi," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tertekan overtime kah?
Ke kena dera? |
|
|
|
|
|
|
|
klu ingat nak jadi maid duduk goyang kaki, cukup bln dapat gaji, lupakanlah.....
kena lah belajar sesuaikan diri dgn pekerjaan yg awak buat...
semua kerja pun sama....
jadi manager pun stress tau....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak sesuaikan diri dengan majikan dan budaya setempat atau pekerjaan yang tak seperti yang dia banyangkan. Tambah pulak rindu dengan family dan kawan2 kat kampung mulalah jadi stress mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
maid ni kene mental torture dengan majikan ke camne??
sampai nak suicide.. |
|
|
|
|
|
|
|
cambodia ni bagus and tangkas juga buat kerja..
tapi bahasa la yang jadi masalah sikit..
sebab tu dia stress kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 26-4-2018 02:47 PM
Artemesiaa replied at 26-4-2018 11:51 AM
Tak boleh nak sesuaikan diri dengan majikan dan budaya setempat atau pekerjaan yang tak seperti yang ...
Memang keadaan akn berbeza.....
Maid kwn akk memula dtg, bersih kan meja dgn penyapu sbb kat rumah dah biasa buat mcm tu...sapu lantai, terus sapu meja....rumah dorang kan tak bersimen, tanah jdkn lantai.....
Chopstick habis dia buang sbb dia ingat tu lidi satay.....puas lah mak dia selongkar tongsampah cari chopstick yg kena buang....
Tegur sekali tak jln, buat lagi....kena tegur berkali kali sbb dorang ni suka ikut kepala otak dorang je.....klu dpt yg senang diajar...bersyukur sgt.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|