View: 10741|Reply: 7
|
Lima Restoran Dalam Gerabak Kereta Api, Buat Anda Mahu Makan, Chill Dan Lepak
[Copy link]
|
|
Kebiasaannya kereta api digunakan sebagai mod pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi. Namun di luar negara terdapat kereta api yang telah diubahsuai menjadi restoran.
Ada di antara restoran ini terletak kekal di sesebuah lokasi dan ada juga yang terletak dalam kereta api yang masih aktif sebagai pengangkutan.
Jom tinjau!
Restoran 1880 Town
Foto:KakiSini
Restoran ini sekitar tahun 1950 pernah berfungsi sebagai kereta api Santa Fe yang menghubungkan penumpang dari Chicago ke California. Ia akhirnya diubahsuai menjadi restoran sejak tahun 1982.
Menu paling popular ialah pai krim yang enak dan sentiasa menjadi tarikan utama pengunjung untuk sering datang ke restoran ini.
Restoran Carriages of Cambridge
Foto:Facebook
Michael Attle, pengasas restoran ini telah mendapat ilham untuk membuka restoran ini selepas lawatannya ke India. Attle mereka sebuah kereta api lengkap dengan restoran setelah kembalinya dia ke United Kingdom pada tahun 1920-an.
Memang puas hati minum teh dalam restoran ini!
Restoran The Station Kitchen
Foto:Facebook
Terletak di pinggir platform Stesen Old West Bay barat Dorset, England, hiasan dalaman kereta api ini cukup unik dan mewah sehinggakan berjaya menarik perhatian syarikat televisyen untuk menjadikan ia sebagai lokasi penggambaran.
Restoran Hotel McKittrick
Foto:Facebook
Restoran berkonsepkan sebuah kereta api ala era 1930-an ini menarik kunjungan ramai di New York, Amerika Syarikat. Kebanyakan menu yang dihidang bertemakan makanan laut.
Restoran Toget
Foto:Facebook
Restoran ini hanya beroperasi dari bulan April hingga Oktober dan merupakan hasil cantuman dua buah gerabak kereta api. Antara menu istimewa dan popular di sini ialah sup ikan dan kentang putar.
Di Malaysia kalau tak silap Restoran Victora Station mempunyai konsep seperti restoran-restoran di atas. Ada lagi yang lain yang kami tak tahu tapi anda tahu? Kongsikan di ruang komen di bawah! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabah pun ada.. Sambil train menelusuri landasan... {:good{:good |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambar kat atas rasa teringin nak pegi Restoran Toget
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua restoren tak halal. Minum air kosong je boleh le. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep restoran yg menarik |
|
|
|
|
|
|
| |
|