CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4620|Reply: 24

Cinta Kolesterol - Pasangan Ini Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 45kg!

[Copy link]
Post time 30-4-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ada yang lebih menggembirakan hati selain daripada dapat mengurangkan berat badan serta mendapat sokongan daripada pasangan masing-masing sepanjang tempoh tersebut.


Itulah yang berlaku pada pasangan romantis, Mohamad Affandy Mohd Amran Chan,33 dan Rahmatunnadrah Haji Mohamed, 33 yang sama-sama berganding bahu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.


Usaha pasangan ini harus mendapat pujian kerana mereka saling mendorong dan menyokong satu sama lain bagi memastikan impian mereka tercapai.








Misi utama mereka adalah mahu memakai baju pengantin yang digunakan semasa hari persandingan mereka bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke 6 pada September tahun lalu.


Menariknya, Affandy berjaya menurunkan berat sebanyak 45kg manakala isterinya, Nadrah mengalami penurunan sebanyak 14kg!


"Kisah kami ini macam cinta kolesterol. Tapi dua-dua versi gemuk. So,nak sihat kedua-dua kena berkorban. Makan pun kami dah kongsi. Nak romantik balik, makan sama-sama benda yang sama,' ujar Nadrah seperti yang dipetik dari Mingguan Wanita.



Foto: Mingguan Wanita




Mereka berjaya mencapai misi utama iaitu untuk mengenakan kembali baju pengantin pada 29 September yang lepas.



Foto: Mingguan Wanita




Saling Melengkapi dan bekerjasama..



Foto: Mingguan Wanita




Nadrah turut mengakui yang ketaksuban mereka berdua untuk mencuba pelbagai makanan merupakan penyumbang kepada masalah kegemukan yang dialami oleh mereka.


Titik tolak perubahan...



Foto: Mingguan Wanita



Dalam pada itu, Nadrah turut berkongsi tips bagaimana mereka berjaya menurunkan berat badan bersama...



Foto: Mingguan Wanita







Foto: Mingguan Wanita




Menu diet...



Foto: Mingguan Wanita





Memang terbaik kan? Kisah mereka ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada semua terutama sekali bagi suami yang mahu isterinya kurus tapi diri sendiri pun mengandungkan anak gajah!-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Tapi i tersangat hairan bila orang taknak kurus dengan alasan boipren / laki suka fizikal tembam.
Kak, ni bukan pasal suka tembam atau chaser, ni sebab kesihatan & senang utk solat.
Kau mampu ke duduk antara dua sujud / tahyat akhir dengan fizikal bunjut kau tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 12:59 PM | Show all posts
Kalau kerja dalam pasukan selalu lagi cepat akan berhasil mencapai kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 01:02 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 02:02 PM | Show all posts
Suka tau macam ni. Well done sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 03:08 PM | Show all posts
well done! bila dah kurus nmpk muda..mcm the wife masa gemuk nmpk makcik2 sgt...yg husband pulak bila dah kurus baru nampak well look..keep it up! boleh lg kurangkan berat tu..slow & steady, ya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2018 03:11 PM | Show all posts
oh, tomyam leh burn calorie cpat ea?kalu cmtu meollss nak tala tomyam je la..hik2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhhh. ....suka tengok orang yang nak kurus tambah2 demi kesihatan. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp cm x berapa sihat je mkn tomyam hari2.. Smpai penah sakit perut sbb mungkin terlebih masam... Krg da kurus,  x masal kne gastric plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 30-4-2018 12:51 PM
Tahniah!
Tapi i tersangat hairan bila orang taknak kurus dengan alasan boipren / laki suka fizikal  ...

Adoi, lawak la..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 12:43 AM | Show all posts
nak tirulah sebab sekarang tengah diet...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah nak try jugaklah.. sihat sama2 n workout pon sama2 ni baru smngat sikit.kitorang lakibini pon masa brcinta kurus melidi tapi pas kawen membadak food hunting tiap2 minggu..huuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 10:25 AM | Show all posts
tahniah                                            
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah

Hard work pays off
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
weh seyes laaaa.. ni coursemate aku dlu. eton nama manja dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap boleh dijadikan inspirasi buat ibu ibu obese. Jangan selesa lah sangat dgn life yaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya dah kurus
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 09:48 AM | Show all posts
semangat baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 11:08 AM | Show all posts
tahniahhh..nk kurus kena la berusaha..berkorban apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus suami isteri azam kuat turunkan berat bdn.
Sya ni kuat minum kopi susu..payah benoo nak mengecil. Lg mengembang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073698 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list