“Saya terkejut sebab bila masa pula ceramah saya tiada orang."
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat terkejut apabila ada pihak menuduh ceramahnya tiada sambutan.
Foto: FB
Memetik BERNAMA, Syamsul menyelar tindakan individu terbabit yang menularkan video palsu ceramahnya itu dan menyifatkan ia bertujuan menjatuhkan imej dan reputasinya.
Sementara itu, Muhamad Khushairi A. Rashid selaku pembantu peribadinya yang juga personaliti program motivasi dan keagamaan, mendakwa rakaman video berkenaan telah diedit dengan niat untuk memburukkan Syamsul.
Menurutnya, pihak mereka tidak pernah menganjurkan program ceramah seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan. - CARI |