CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3336|Reply: 15

Diva AA Mengamuk Di Tempat Undi? Netizen Mahu Pilih Dia Jadi Perdana Menteri...

[Copy link]
Post time 9-5-2018 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Kehangatan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hampir sampai kemuncaknya dan tampuk pemerintahan bagi penggal yang baru juga akan diketahui pada malam ini.


Dalam pada keghairahan rakyat Malaysia keluar mengundi banyak juga cerita yang kurang enak timbul sepanjang proses pengundian yang masih lagi berlangsung sehingga pukul 5 petang ini.







Antaranya ialah calon bebas, Azwan Ali atau lebih mesra dengan gelaran Diva AA yang dikhabarkan marah kerana kotak tempat membuang undi telah disalah tanda.


Diva AA yang turut bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa itu lantang menyuarakan betapa dia kecewa dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak SPR tersebut.

"Saya perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-dua kotak yang disediakan"






Memetik video daripada laman facebook Cara Kita tersebut, Diva AA turut mengambil kesempatan untuk menegur SPR dan meminta mereka untuk lebih serius dengan tanggungjawab masing-masing kerana undi yang diberikan adalah 'nyawa' rakyat.


Video tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dan memuji tindakan berani Diva AA dalam mempertahankan hak rakyat yang mengundi.







Foto: Fb Cara Kita




Kita perlukan seseorang yang lantang seperti Diva AA

Foto: Fb Cara Kita




Sesuai jadi Perdana Menteri boleh lawan Ahmad Maslan di parlimen

Foto : Ig Hangat Malaysia



Foto: Fb Cara Kita



Apa pun sama-samalah kita nantikan keputusan pilihan raya pada malam ini dan berharap tampuk pimpinan yang terbaru dapat membela nasib rakyat ke arah yang lebih baik lagi.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2018 06:27 PM | Show all posts
moga Azwan Ali bediri teguh belakang abang nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 06:50 PM | Show all posts
hope Diva AA wins just for the lulz
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kau jilat ludah kau balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 10:43 PM | Show all posts
dia bertanding untuk DUN kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus diva AA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
diva AA dapat jugak 90 votes okeh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-5-2018 12:35 AM
diva AA dapat jugak 90 votes okeh

Kan ... Ada jugak undian dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2018 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah dia kata pasal kotak tu. Najib pun salah kotak juga. Tapi katanya ok undi masih dikira seperti biasa tidak ditolak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala nape diva aa kalah..ahmad maslan menang lak tu..sape la bebal sokong die..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 08:48 AM | Show all posts
Bagus kalini iolls sokong jek DIVA AA dia cakap benda betul kan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 02:07 PM | Show all posts
I dah cakap dulu... AA ni ada karismanya yg tersendiri... cuma kena kurangkan aktiviti muncung bibir tu... Pakai baju yg maskulin sikit... full set suit ke mesti hensem gila kalah sadik
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 02:10 PM | Show all posts
Harap jadi senator mewakili artis nampak lebih berilmu. Bukannya jadi retis sbb nk jual pussy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap SPR improve la lepas ni. Lebih efficient and transparent
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 07:55 PM | Show all posts
Betul la apa yang dikata dan tindakan diva AA.

Aku mengundi di Senawang. Waktu petang.

Masa nak masukkan kertas undi di dalam kotak, aku pelik tengok kenapa yang awal2 mengundi bawah-bawah tu lain warna dan atas lain warna.

Aku tak masukkan kertas aku dan aku tunggu dia explain sebab aku tak nak undi aku kira rosak.

So ejen kata yang mula2 tu silap.

Aku tertanya, yang awal silap tu kira undi rosak ke tak? Kalau rosak, rugi tau..ada dalam 10 or lebih  juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni memey lawak anat le eeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054097 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list