Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Sinar Harian melaporkan, surat perletakan jawatan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada pagi Isnin.
Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Foto: Sinar Harian
Kata sumber kepada mStar Online, "Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini."
Dzulkifli, 50 mula memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Selepas perletakan jawatan Dzulkifli, nama Abu Kassim disebut-sebut bakal menggantikan jawatan itu sekali lagi. -CARI |