Ramai yang masih menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk ke destinasi yang hendak dituju. Ada perkhidmatan bas yang boleh dipuji dan ada juga yang sebaliknya.
Walaupun ada antara netizen yang sudah mengambil langkah berhati-hati semasa membeli tiket bas, mereka kadang kala tidak dapat lari daripada pelbagai penipuan daripada syarikat bas ekspress itu sendiri.
Seperti yang berlaku kepada seorang pengguna twitter bernama Asyiqeen Affandi, dia tertipu dengan syarikat bas ekspress yang dinaikinya. Bas tersebut rupanya bas haram dan tidak berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebagaimana yang dijanjikan oleh penjual tiket semasa dia membeli tiket tersebut beberapa hari lalu.
Setelah bertekak dengan pemandu bas, dia akhirnya ditinggalkan di lebuhraya yang ketika itu jam 3 pagi.
Sudahlah bas datang lambat, tempoh perjalanan pun lebih lama daripada kebiasaan!
Selepas bertekak dengan pemandu bas baru dapat tahu rupanya bas itu bas haram!
Terus pemandu bas itu turunkan wanita ini dan rakannya di tengah lebuhraya. Sekurang-kurangnya turunkanlah ditempat yang lebih selamat.
Rupanya ramai netizen yang sudah terkena dengan perkhidmatan yang teruk daripada Syarikat Bas Ekspress Shamisha. Masing-masing menceritakan pengalaman mereka menaiki bas ekspress daripada syarikat tersebut.
Netizen sangkakan wanita ini membeli tiket bas daripada ulat tiket. Jika wanita ini membeli tiket bas daripada ulat tiket, memang patutlah dia terkena. Tetapi yang sedihnya, tiket bas tersebut dibeli di kaunter Shamisha itu sendiri.
Jadi, berhati-hatilah ketika menggunakan bas ekspres untuk ke mana-mana destinasi lebih-lebih lagi kaum wanita. Bayangkan pukul 3 pagi ditinggalkan di tepi lebuhraya dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Apa perasaan kalian? - CARI |