Masih belum reda lagi dengan cerita tentang politik dan kerajaan baru di bawah pimpinan Tun Mahathir. Ramai lagi rakyat yang masih tidak berpuas hati dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Baru-baru ini kelihatan Datuk Seri Najib menunaikan solat tarawihnya di Masjid Kg Baru dan berkongsi mengenainya di Twitter.
Foto: Twitter
Dalam kapsyennya, beliau selitkan sekali Hadis Riwayat Bukhari dan berdoa agar semuanya sentiasa diberkati Allah.
Malangnya walaupun beliau melakukan tuntutan ibadah, ramai yang 'panas hati" dan tak senang duduk.
Ada yang mempersoalkan Datuk Seri Najib hanya ingin bersolat di tempat yang selesa manakala rakyat pula bersolat di tempat yang terbuka.
Ramai yang memberikan komen yang jauh menyimpang dari apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri. Sampai ada yang sanggup komen beliau penjenayah dan sebagainya.
Walaupun begitu ramai juga yang menyebelahi mantan perdana menteri itu. Kata mereka kenapa mesti mempertikaikan perkara tersebut sedangkan beliau sedang membuat perkara baik.
Mungkin rakyat masih terkesan dengan bekas pemerintahan beliau, sehinggakan perkara kecil tersebut boleh dijadikan isu. -CARI |