View: 2452|Reply: 3
|
Sah Ke Puasa Kalau Lagi 5 Minit Sebelum Berbuka Didatangi Haid?
[Copy link]
|
|
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pasti timbul sesuatu kekeliruan yang membuatkan anda ragu-ragu dalam menjalankan ibadah puasa. Antaranya adalah kedatangan haid bagi seorang wanita.
Pasti ramai wanita pernah mengalaminya apabila lagi lima minit sebelum waktu berbuka puasa, anda didatangi haid. Maka, apakah hukumnya? Sah atau tidak sah? Jom semak artikel yang dipetik dari Tazkirah.Net ini.
Foto: Hellosehat.com
Hukumnya adalah tidak sah dan terbatal.
Oleh itu, anda perlulah menggantikan puasanya itu kerana waktu tersebut masih lagi dalam tempohnya berpuasa. Melainkan jika anda datang haid selepas dari waktu anda berbuka.
Nah, sudah jelas, bukan? Jadi, bagi yang pernah mengalami situasi demikian anda perlulah menggantikan puasa mengikut pengiraan hari datang haid bermula hari pertama hingga seterusnya.
Kesimpulannya, apa sahaja yang berlaku dalam tempoh berpuasa, maka ia akan menyebabkan terbatal puasa walaupun lagi dua minit dari tempoh untuk anda berbuka puasa. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pun...sebab belum masuk waktu berbuka lagi..alahaiii..tp kalau kena gini mmg sedih jgk ler...byk kali gk kena..hihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, mujur tak jadi pompuan... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak hujung2 berbuka tu jangan masuk toilet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|