Pelakon dan model, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka menyakat dan bergurau di media sosial. Ada sahaja bahannya untuk mengenakan orang lain terutama sekali isterinya, Wawa Zainal yang seringkali menjadi mangsa gurauannya.
Foto: Instagram Aeril
Semalam, Aeril sekali lagi meninggalkan komen berniat untuk bergurau pada posting rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir iaitu @chedetofficial.
Posting Tun Mahathir yang telah memuat naik beberapa keping foto bersempena perhimpunan bersama penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri itu telah menarik perhatian ramai termasuklah golongan artis yang rata-rata tidak pernah melihat perhimpunan yang melibatkan penjawat awam itu.
Comel macam dekat sekolah...
Rata-rata terhibur dengan komen tersebut dan turut cuba untuk menceriakan keadaan.
Pendek dan lambat dekat depan..
Ada beberapa individu cuba menjelaskan bahawa perhimpunan ini hanya dilakukan setiap bulan dan bukanlah perhimpunan mingguan seperti yang dilakukan di sekolah..
Perhimpunan bulanan bukan mingguan..
Ada-ada je Aeril ni kan. Diharap tidak ada yang mengambil hati dengan gurauan Aeril ya! -CARI |