View: 2735|Reply: 11
|
Rakyat 'Malaysia Baru' Tak Tahu Kot Simpanan KWSP Termasuk Dalam Hutang Negara?
[Copy link]
|
|
Sejak kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, banyak luahan hati rakyat sama ada positif mahupun negatif disuarakan menerusi laman media sosial.
Foto: Rojak Daily
Baru beberapa hari kerajaan baharu menerajui negara, sudah banyak yang dituntut rakyat, malah ada yang menyelar PH tidak menepati janji. Lebih parah, segelintir pihak mendakwa PH tidak tetap pendirian dalam memberikan fakta.
BACA JUGA: 'Fakta Tak Konsisten, PH Macam Tempe' - Zahid Hamidi
Terbaru, admin laman Facebook (FB) Mynewshub memuat naik posting yang mencetuskan provokasi di kalangan netizen.
"Rakyat 'Malaysia Baru' tak tahu kot simpanan mereka yang dijamin kerajaan, contohnya ASB, KWSP, Tabung Haji dan duit dalam bank itu termasuk dalam hutang negara.
"Kalau nak membantu kurangkan hutang negara, bawalah keluar semua tu (simpanan)," tulisnya.
Dipercayai, umum tahu bahawa laman FB berkenaan merupakan penyokong pembangkang yang sebelum ini memimpin negara dan sering memuat naik posting 'panas' hingga mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.
Mynewshub berasa hati?
Sementara itu, segelintir netizen menyifatkan laman FB berkenaan bertujuan mencipta isu panas untuk menghentam kerajaan baharu dan meminta supaya orang ramai bersikap lebih matang.
Dalam pada itu, seorang netizen tampil menjelaskan perkara sebenar yang cuba disampaikan admin berkenaan.
Foto: FB Mynewshub
Aduhai, kalau kita sebagai rakyat tidak boleh bersatu, bagaimana dengan masa depan negara? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Politikus ni, pimaimaitangtu je la.. Baik kerajaan & pembangkang |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm xpnah terfikir pun dividen2 yg kerajaan byar tu sebahagian dari hutang kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
lawak nye la yg membangkang ngn yg menyokong
hahahahahahahahahahahaha xde ilmu bertanya la... ni dh jadi bodoh sombong plak
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok: hmmm xpnah terfikir pun dividen2 yg kerajaan byar tu sebahagian dari hutang kerajaan
ha ah.... mcm simpanan kite kat bank... tu pun kerajaan jamin.... in case bank bankrupt takde duit... simpan kite still selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Di jamim oleh kerajaan. Ka;au kerajaan bankrup. Macam mana? Sama gak dalm kes 1MBD segala sukuk bond, di jamin oleh kerajaan. Sbb kerajaan ada wang, wang itu hasil dari cukai, komodity, mneral trade tax dll, termasuk la KWSP, Kerajaan ada wang kwsp cash, trillion2 RM. Wlpm scr dasarnya x buleh ambik dlm peruntukkan undang2 tapi buleh pinjam, dan kwsp buleh bagi pinjam. Tapi kena bayar balik, soalannya, mcm mana T&C pembayaran tersebut. Bagi kita, yg kita hendak, dividen tinggi. Jadi lembaga KWSP mesti bijak melabur di dalam KLSE yg semestinya , dll tempat. Kita harap wang kwsp tak di laburkan dlm 1MDB dah le.
Jadi mcm YB Defence Minister Cakap. "current situation"
KWSP tu Gomen, Gomen tu KWSP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha kadang betul jugak page tu nak educate rakyat. Tapi rakyat taknak baca cuma nak butthurt, pastu dengan admin sekali join gaduh. Lawak. Tapi serious ni, jangan taktahu pulak jaminan kerajaan ni termasuk dalam hutang negara pulak ya |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia kewangan memang complicated dan banyak rahsia yang tidak diketahui oleh orang biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi maslh ni semua timbul dari kerajaan terdahulu, mmg st kepeningan tuk ph tuk recover blik segala slh tataurus pimpinan terdahulu yg boros tuk kepentingan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
dah unfollow malaysiakini tu. pro BN tak abis2.. rimas tgk.. taksub sgt ngn najib.. ke tu kak mah admin dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Hutang kita,hutang mereka jua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|