Masih ingat pada video seks didakwa mirip Syafiq Kyle? Kontroversi panas itu semakin hangat apabila pelakon berusia 25 tahun terbabit memilih untuk tidak mengesahkan mengenainya, sebaliknya membiarkan masyarakat membuat penilaian sendiri, lapor Harian Metro.
BACA JUGA: Video Lucah Dijual Dengan Harga RM20- Peminat Mahukan Jawapan, Syafiq Kyle Masih Diam
“Betul atau tidak orang dalam video yang tular itu adalah saya atau sebaliknya, saya tetap akan meneruskan kehidupan dan lupakan apa yang sudah berlaku.
Foto: mStar Online
“Saya juga serahkan kepada penilaian dan spekulasi netizen
jika mereka menganggap jawapan yang diberikan ini tergantung atau sebaliknya,” katanya.
Penjelasannya itu adalah muktamad dan yang terakhir kerana dia enggan memanjangkan kontorversi panas berkenaan, selain mahu menghormati bulan Ramadan.
“Saya sudah dapat bayangan mengenai perkara ini dua tahun lalu tetapi tidak mengetahui kesahihannya.
“Untuk apa saya mengaku atau tidak dalam perkara ini kerana yang bertanggungjawab memanjangkan atau menyelesaikan perkara ini adalah diri sendiri.
Foto: IG Syafiq Kyle
“Ramadan adalah bulan untuk kita menyucikan diri dari segala dosa yang kita lakukan.
“Sama ada dosa itu saya buat atau tidak, saya tetap bersyukur ujian ini datang pada bulan yang mulia ini,” katanya pada sidang media tertutup di hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.
Foto: mStar Online
Dalam masa sama, Syafiq tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mungkin ada niat menjatuhkan namanya, sebaliknya menganggap ia sebagai dugaan 'terhebat' sepanjang bergelar anak seni.
“Ia membabitkan nama dan maruah keluarga. Malah, emak saya menangis bila dapat tahu mengenai isu video tular terbabit.
“Dari segi tindakan pula, pihak pengurusan dalam proses menyusun satu demi satu untuk mencari penyelesaian terbaik isu terbabit.
“Pihak kami akan mendapatkan nasihat peguam terlebih dulu sebelum membuat laporan kepada pihak polis nanti,” katanya.
Terhimpit Syafiq dibuatnya. Mengaku salah, tak mengaku pun salah. Tapi, bukankah lebih baik jika dia jawapan yang jelas daripada 'samar-samar' begini? Anda rasa? - CARI
|