Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mewarisi kecantikan rupa paras ibu dan ayahnya, Wan Maryam Binti Wan Hafizol sering mencuri tumpuan siapa sahaja yang melihatnya.
Permata hati kepada aktor dan usahawan, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol dan Mawar Abdul Karim yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 ini kini sudahpun menginjak ke usia 5 bulan. Pantasnya masa berlalu!
Koleksi Gambar Maryam ketika baru dilahirkan. Foto : Instagram Mawar Karim
Matanya yang bundar merupakan tarikan utama si comel yang diberi nama gelaran Cik Yam ini. Maryam juga merupakan model muslimah termuda bagi koleksi keluaran Fareeda Group iaitu, Fareeda kids di bawah jenamanya sendiri; Maryam.
Foto: Instagram Mawar Karim
Seronoknya, kecil-kecil sudah ada jenama sendiri. Almaklumlah ibu dan bapanya kedua-duanya merupakan usahawan berjaya.
Jom kita lihat gambar-gambar terkini Maryam yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya:
Foto: Instagram Fizo Omar
Foto : Instagram Fizo Omar
Foto: Instagram Mawar Karim
Gambar kiri ketika berusia 2 hari manakala gambar kanan ketika berusia 5 bulan. Foto : Instagram Mawar Karim
Foto: Instagram Mawar Karim
Foto : Instagram Mawar Karim
Foto : Instagram Mawar Karim
Comel dan cantik kan? Sudah pastinya Fizo dan Mawar akan membesarkan Maryam bagai menatang minyak yang penuh setelah menanti dengan penuh sabar selama 4 tahun untuk menimang cahaya mata.-CARI |