Kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadan, ada stesen radio yang mula memainkan lagu-lagu raya manakala di media sosial pula, ada beberapa syarikat gergasi yang telah menayangkan iklan raya 2018. Antaranya ialah Astro Gempak, Yeos, Habib dan Lazada. Selain itu ada beberapa syarikat lain juga turut memeriahkan lagi iklan raya seperti Traveloka, Mudah.My dan Siakap Keli yang trending di Youtube.
Namun ada satu iklan raya yang sangat 'rare' pendekatannya walaupun tujuan sebenarnya dapat difahami sebagai menjenamakan jenama tersebut. Tidak lain tidak bukan iklan Lazada dengan tajuk 'Buah Hati Raya'.
Menggunakan sepasang suami isteri warga mas yang sedang membuat persiapan raya, Lazada ternyata menyuntik kelainan dengan aspek romantis dan energetik warga mas tersebut, satu kelainan yang boleh dipuji. Dengan panggilan 'Yang', 'You dan I' serta gelagat mesra pasangan menarik perhatian penonton.
Ya! Ramai yang bersetuju bahawa iklan raya ini sangat comel, siap dengan si isteri menggunakan gerakan yang tular dalam kalangan budak-budak seperti 'dab' dan sebagainya.
Nama pun iklan, jadi mempersoalkan kelogikan bukanlah sesuatu yang terlalu penting, asalkan mesejnya sampai. Dan inilah yang membuatkan iklan ini sangat comel.
Namun, ada juga netizen menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan status barangan yang ditempah oleh mereka dan dijawab terus oleh pihak Lazada. Betul juga, banyak isu penghantaran yang lambat sampai. Inilah masanya untuk pelanggan terus bertanya kepada Lazada.
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan iklan daripada syarikat gergasi yang lain pula. Barulah meriah raya. - CARI
no worries... bukan apa, kalau ko dok up thread zaman tok kaduk, ko akan kena potong points nanti... sesilap kang, tak cukup points nak dipotong, kena ban kejap
kat bebenang sana tu, momod memang tak kedekut points kalau ko jawab2 soalan...