Jika sebelum ini, Diana Amir yang berbadan dua pernah bersuara mengenai kesukaran mencari baju raya kerana masalah rekaan tak sesuai dan harga mahal, kali ini di Twitter pula kecoh hal yang sama. Iffah is dead memberikan tiga sebab sukar mencari baju raya tahun ini dan ditweet sebanyak 23 ribu di Twitter.
Foto : Twitter Iffah is dead
Iffah berkongsi rasanya yang cuba membandingkan harga di Instagram, namun hampa kerana banyak kedai IG yang perlu di 'request' terlebih dahulu dan inilah yang menyusahkan ramai pengguna.
Namun, ada netizen yang menjelaskan bahawa IG Shop berkenaan 'mengunci' kedai mereka kerana masalah mungkin ditiru oleh orang lain.
Ada juga yang mengadu bahawa ramai juga IG shop yang tidak meletakkan tanda harga di baju. Semua ini menyusahkan pengguna kerana terpaksa 'Direct Message' atau pun Whatsapp.
Ada pula yang bertanyakan bagaimana rupanya 'fish net' tersebut. Lucu pula.
Selain harga, masalah utama pembeli ialah rekaan baju raya itu sendiri tidak fleksibel untuk perayaan. Ada yang mengatakan baju atau orang kahwin atau pun baju anugerah Skrin.
Jadi, apa pendapat anda? Atau dah siap semua baju raya? - CARI |