View: 6542|Reply: 57
|
[Tempatan]
Kejutan jutawan bakhil
[Copy link]
|
|
Singapura: Keluarga seorang lelaki bakhil di sini, yang meninggal dunia ketika berusia 89 tahun, terkejut kerana lelaki itu bukan saja sebenarnya jutawan dengan harta S$20 juta (RM59.7 juta), malah mendermakan jutaan ringgit kepada pertubuhan kebajikan.
Loh Kum Mow meninggal dunia pada Disember 2016 dan keluarganya hanya mengetahui mengenai kekayaannya selepas semua harta serta sahamnya selesai dikira beberapa bulan lalu.
Loh yang meninggal dunia akibat sakit tua mendermakan S$3.35 juta (RM10 juta) kepada empat pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Kebajikan Moral Thye Hua Kwan, Hospital Ren Ci dan Persatuan Perkhidmatan Kebajikan Bo Tien dengan masing-masing menerima hampir S$840,000 (RM2.511 juta).
Menurut laporan Today Online, badan kebajikan itu dimaklumkan beberapa bulan lalu selepas saham milik Loh dicairkan sepenuhnya.
Loh mewasiatkan hartanya, masing-masing 13.75 peratus kepada empat anak saudara, manakala tiga kakaknya masing-masing menerima enam peratus.
Kekayaannya turut mengejutkan ahli keluarganya yang lain dan dia dikatakan melabur dalam pasaran saham, selain bekerja sebagai pembantu akauntan di sebuah syarikat.
Menurut anak saudaranya, Charlie Loh, yang mewarisi rumah Loh di Bukit Timah, berkata, dia tidak begitu mengenali bapa saudaranya.
Menurutnya, saudaranya berasal daripada keluarga miskin sebagai penjual ikan dan mengumpul kekayaan hasil titik peluh sendiri.
Loh hidup ringkas dan tidak memiliki barangan berjenama kecuali jam tangan Seiko yang dibaiki beberapa kali.
Loh membaiki bumbung rumahnya apabila ia hampir runtuh dan mengecat rumah itu selepas pihak berkuasa memberi amaran untuk menyamannya.
Mendiang isterinya yang bekerja di syarikat sama sebagai jurutaip, turut memiliki sikap cermat dalam berbelanja dan mereka berkahwin ketika suaminya berusia 40-an, namun mereka tidak mempunyai anak.
Charlie berkata, bapa saudaranya yang berasal dari Guangdong, China berhijrah ke Singapura ketika berusia tiga tahun dan tidak pernah lupa mengirim wang kepada keluarganya di sana.
Katanya, dia sempat membantu bapa saudaranya menunaikan hasrat terakhir pada 2014 untuk melawat saudara di Shantou sebelum kematiannya dua tahun kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 8:4 |
|
|
|
|
|
|
|
Gigit jari la sanak sedara yg x pernah berbakti kat dia masa dia idup. |
|
|
|
|
|
|
|
senyap2 jerk yer..
kat sini ada yag hari2 nak update betapa kaya nya dia |
|
|
|
|
|
|
|
Untong lah anak sedara tiba2 jah dpt kekayaan segunung. |
|
|
|
|
|
|
|
Mandai je ckp bakhil
Elok je bg derma tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sesuai dipanggil bakhil kerana banyak menyumbang kpd kebajikan dan anak2 buah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lebih sesuai dipanggil frugal
Hidup sederhana tp banyak tolong orang |
|
|
|
|
|
|
|
Mulai hari ni, om nak belajar pasal saham.... |
|
|
|
|
|
|
|
OmJualGas replied at 13-6-2018 11:28 AM
Mulai hari ni, om nak belajar pasal saham....
Om jangan terburu-buru dengan permainan saham. Kena belajar dulu.
Ramai yang rugi teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya.. sebelum meninggal sempat derma harta kt badan2 kebajikan & family2 dia. baru la betul hidup berbakti |
|
|
|
|
|
|
|
Spidey punya boss yang kini dah mendiang, seorang ahli perniagaan Singapura. Masa hidup merupakan antara manusia terkaya di Asia Tenggara ( sumber Forbes).
Tapi dia sangat humble penampilannya. Pergi ke Cold Storage membeli groceries pun cuma pandu SUV Jepun. Tak ada bodyguard bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
'bakhil' pada diri sendiri semasa hayat maybe.....
dia derma melalui wasiat selepas kematian....
|
|
|
|
|
|
|
|
seumur hidup saya hanya pernah jual saham dua kali je kot.....
selebihnya saya beli IPO dan biarkan mereput jadi pusaka sahaja.... nasiblah siapa yang inherit nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedekut...tangkai jering...
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 13-6-2018 11:44 AM
seumur hidup saya hanya pernah jual saham dua kali je kot.....
selebihnya saya beli IPO dan biark ...
Spidey dah berjinak dalam dunia saham dekat 10 tahun, cuma sekali jer beli IPO untuk saham JCY.
Tapi kan bro, Spidey dah insaf bermain saham sebab sampai kini masih menderita menanggung kerugian. Sad. |
|
|
|
|
|
|
|
suka.suki replied at 13-6-2018 11:44 AM
Bakhil = kedekut
Thanks Suka.suki |
|
|
|
|
|
|
| |
|