View: 5833|Reply: 8
|
Hukum Pasang Pelita Malam Raya, Adakah Haram? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
[Copy link]
|
|
Budaya memasang pelita ketika menyambut hari raya sudah lama diamalkan. Ada yang berpendapat amalan ini seumpama meniru amalan agama lain. Dan ada juga menganggap ianya harus.
Apakata jom ikuti soal jawab memasang pelita ketika hari raya bersama Ustaz Azhar Idrus yang dipetik dari laman facebook rasminya.
Soal : Apakah hukumnya memasang pelita menggunakan minyak tanah yang sering kita lihat dalam masyarakat Melayu?Jawab :Hukum asal memasang pelita adalah harus. Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu menggunakan pelita untuk mencerahkan suasana pada waktu malam samada dipasang di dalam rumah, di warung jualan, di tepi jalan dan sebagainya. Pada zaman sekarang apabila elektrik telah ada maka pelita-pelita seperti itu sudah jarang kelihatan digunakan melainkan pada malam-malam perayaan sahaja.
Soal :Apakah hukumnya ketika menjelang hari perayaan aidil fitri atau raya korban dipasang pelita pada luar rumah pada waktu malam. Ada pelita yang diletakkan di atas pagar atau di tepi dinding atau di bawah pokok di depan rumah?
Jawab : Hukumnya bergantung kepada tujuan dipasang pelita tersebut. Jika dipasang kerana mencerahkan suasana gelap di waktu malam maka hukumnya harus.
Jika dipasang pelita kerana memeriahkan suasana malam-malam Ramadhan dan malam hari raya maka hukumnya juga harus. Tidak ada nas dari Al-Quran atau hadith yang melarang.
Soal : Benarkah dakwaan yang mengatakan jika dipasang pelita di luar rumah pada malam-malam Ramadan malaikat akan datang ke rumah tersebut kerana keadaannya cerah dari cahaya pelita yang dipasang?
Jawab : Tidak benar kerana tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang datangnya malaikat ke rumah yang memasang pelita di malam-malam perayaan.
Foto Carian internet
Soal : Benarkah dakwaan orang yang mengatakan haram dan bidaah memasang pelita di malam perayaan kerana Nabi saw tidak ada melakukan seperti itu?
Jawab : Tidak benar dakwaan seperti itu kerana suatu perkara yang tidak dibuat oleh Nabi menjadi dalil ia menjadi haram adalah sandaran dalil yang tidak benar dan qias yang rosak. Ulamak yang muktabar tidak berdalil seperti itu dalam menetukan hukum sesuatu perkara. Jika Nabi saw tidak berbuat maka ia tidak menjadi dalil suatu perkara itu dilarang atau haram.
Soal : Apa pula hukumnya setengah rumah memasang lampu kelip-kelip yang menggunakan kuasa eletrik di malam-malam perayaan kerana memeriahkan dan mencantikkan suasana rumah?
Jawab : Hukumnya adalah harus tidak ada sebarang larangan dari ulamak.
Soal : Jika tujuan memasang pelita seperti itu kerana meniru budaya agama lain apakah hukumnya?
Jawab : Meniru budaya agama lain bukan sahaja dengan pelita bahkan segala bentuk peniruaan budaya agama lain adalah dilarang dalam Islam.
Wallahua'lam - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dedulu balik kampung syok oo disambut ngan barisan pelita kat semua umah sepanjang jalan kalau balik raya memalam. terang benderang kampung.. nampak bebudak main bunga api, org kacau dodol, bakar lemang.. now no more atok nenek dah takde. rindu nak raya cam kecik2 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku dari pasang pelita ni baik pasang lampu liplap....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 13-6-2018 12:05 PM
kalau dulu2 kat kpg mulai mlm 27 mmg meriah
terang sana sini dgn lampu
kalau area kuala kangsar smpai ari ni ada pertandingan pelita@panjut
antara kampung..
best jugak tengok
kreatif dia org buat mcam2 rupa atau bentuk
kalau malam raya kt kpg arwah mak Talang Kuala Kangsar lg meriah mulai 12 malam ada tembakan meriam
pernah gi sekali macam kat tempat perang...takut jerkkk..
org pun ramai giler
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang tak ramai yang nak pasang sebab tak ramai yang nak mengerjekannya. Masing2 lebih sibuk layang gaget dari nak kena cari buluh pasang sumbu isi minyak tu semua. Kalau bab lampu lip lap pulak semua makin kedekut nak bayar bil letrik lebih dari biasa sebab pasang benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 13-6-2018 11:12 AM
dedulu balik kampung syok oo disambut ngan barisan pelita kat semua umah sepanjang jalan kalau balik ...
Yeahh i feel you..balik kampung nk jumpe nenek atuk mesti tak sabar sbb nk tolong bakarkan pelita..main bunga api mmg seronok sgt..tolong nenek isi kuih raya dlm bekas..kenangan manisss ssesangat..berbaris panjang tiap family utk salam pagi raya atuk nenek duduk je kt kerusi..yg budak2 pempuan tolong basuh pinggan ramai2.. But now tgk xde feel tu sgt kt anak2 buah..asik ralit main hp je..tlg kemas2 isi kuih mmg tak laa..entahla maybe kt dlm fam iols je..tgk org lain meriah juga lagi hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
rindu kan zaman tu. dengar lagu raya pun dah berkobar2 hati tak sabar nak raya. main ngan cousin2, pegi beraya umah org.. skarang cam xde feel sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak dah liplap2 kat rumah. pakai lampu mr diy je.
meriah sangat rasa pasal semua rumah dok pasang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila pasang pelita baru feel raya tu ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|