|
Tindakan curang seorang lelaki yang gemar berfoya-foya mengundang padah apabila isterinya mengupah dua lelaki untuk mengerat kemaluannya.
Memetik Hindustan Times, polis menahan isteri Dr Shafatullah Khan, 55, bersama anak saudara, Nandini, 30, dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35, pada Sabtu.
Gambar Hiasan
Menurut isteri mangsa, Ayesha, 45, Khan sering menggunakan kedudukannya sebagai doktor untuk menggoda wanita dengan menjanjikan pekerjaan sebagai jururawat sebelum merogol mereka.
Malah, Ayesha turut mendakwa, mangsa pernah menodai Nandini ketika berusia 11 tahun hingga menyebabkan dia hamil.
Perkara itu, bagaimanapun disembunyikan daripada pengetahuan keluarga demi menjaga maruahnya dan Ayesha nekad mengambil tindakan terhadap perbuatan terkutuk suaminya.
Ketiga-tiga suspek dipercayai berkomplot untuk membalas dendam terhadap perbuatan keji mangsa, namun Pawan berpendapat lebih baik mereka membunuh sahaja mangsa.
Pawan, kemudian mengupah dua lelaki, Rajendra Malviya dan Dheeraj untuk mengerat kemaluan suami Ayesha sebelum bertindak membunuh mangsa.
Jurucakap polis Jabalpur, SP Shashikant Shukla berkata, terdapat 12 kesan tikaman di dada dan leher, manakala pergelangan tangan mangsa dikelar.
Ayesha, Nandini, dan Rajendra ditahan polis sementara Pawan dan Dheeraj dalam buruan polis. - CARI |
|