View: 4585|Reply: 6
|
Drama Komedi Ini Buat Troll - Ramai Pengamal Perubatan Salah Faham Pula..
[Copy link]
|
|
Kecoh dalam kalangan ahli perubatan bila tular sekeping gambar menunjukkan pesakit yang dirawat dengan peralatan hospital yang salah. Kesalahan tersebut membuatkan ramai yang marah terhadap drama Malaysia yang 'main hentam' serta pengarahnya yang tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Mereka menularnya lalu meminta pendapat daripada pakar kardiologi Institut Jantung Negara mengenai isu tersebut.
Foto : Twitter EncikMa
Bagaimanapun, Dr. Beni Rusani memberikan respon yang juga berunsurkan sarkastik dan terhibur dengan gambar tersebut.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak memahami maksud tersirat tersebut.
Namun, apabila pengarah drama ini sendiri menjelaskan yang ia adalah drama komedi dan sarcasm kepada drama serius lain, ramai mula memahaminya.
Bagi para peminat drama pula, mereka memahaminya sebagai standard drama komedi.
Dan ada yang menyatakan ia adalah sindiran kepada drama serius lain yang lebih teruk tidak membuat kajian terlebih dahulu hingga salah dalam etika perubatan.
Drama yang dimaksudkan
Walau apapun perdebatan mengenai 'pesakit' ini memberikan satira yang tersendiri iaitu drama komedi yang menyindir drama serius dan ia perlu diambil perhatian oleh penggiat seni keseluruhannya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
masa tengok drama ni tak de la fokus sgt.. sbb time tu kalut menjamu tetamu.. tp bila part die terlentang di hospital dengan berselirat kat muka ni.. satu family gan sedara mara tergelak koooo... haha.. bodo taw time ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada nmpk adengan . Memang hawau tapi talk triggered pon intellectuality iols .. Dah namanya parodi. Biasak LA over |
|
|
|
|
|
|
|
Yg salah faham tu jenis yang tak tgk drama tu pastu bagi komen based on gambar screen captured sekeping tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen ni cepat sangat triggered |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 nak kecam...dah cite lawak camtu le jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan la netizen tunggul.mcm.ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|