Nama pun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), jadi seharusnya penggiat filem tempatan mendapat dana yang diperuntukkan kerajaan untuk membuat filem berkualiti hingga ke peringkat antarabangsa.
Tapi, apa dah jadi dengan dana tersebut hingga banyak filem sampah dihasilkan?
Rentetan pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkenaan penyiasatan dana kerajaan kepada Finas, Sharifah Amani dan netizen lain turut mahukan pengadilan yang sewajarnya.
Foto : Twitter Sharifah Amani
Netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut yang sepatutnya membuka minda bukannya merendahkan lagi industri hiburan.
Malahan, Amani dilihat retweet status pedas netizen ini. Rupa-rupanya banyak penyelewengan dana yang tidak diketahui rakyat.
Hingga ada yang menggunakan tanda pagar #auditfinas sebagai tanda sokongan.
Apa pula pendapat anda? - CARI |