Sharifah Sakinah telah meluahkan kesedihannya saat dia perlu menggugurkan kandungan ketika mengetahui dirinya sedang hamil anak kedua.
Dia telah mengambil kira nasihat doktor kerana ketika itu anak pertamanya, Anais Adha baru berusia empat bulan. Dia perlu melakukan kaedah keguguran demi faktor keselamatan dan kesihatan.
Foto: IG Sharifah Sakinah
"Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih.
“Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nanas untuk keluarkannya.
Foto: IG Sharifah Sakinah
"Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.
"Kalau bersalin secara pembedahan, paling 'gangster' pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan.
“Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu," katanya pada Harian Metro.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Dia juga memaklumkan pada ketika itu sememangnya dia sudah bersedia untuk menimang anak kedua namun apakan daya dia perlu mengambil kira pelbagai faktor.
"ada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.
Foto: IG Sharifah Sakinah
"Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi," katanya.
Mesti ada rezeki lain Tuhan akan beri pada Sakinah. Jangan bersedih lagi. Diri sendiri juga perlu dijaga. - CARI |