View: 9378|Reply: 135
|
[Tempatan]
Edisi Hadiah: Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif
[Copy link]
|
|
Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif
EKSKLUSIF | Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik.
Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.
Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi.
"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.
"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.
"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.
Hadiah pemimpin antarabangsa
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.
Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barangan kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.
"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.
"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya.
Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.
Rosmah terkejut
Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.
"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.
Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.
Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.
Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan supaya barang tersebut dipulangkan semula.
“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu," kata Najib lagi.
Beliau turut menambah, selepas senarai barangan yang disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.
Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.
"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.
"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya," katanya.
'Saya tidak guna hadiah yang mahal'
Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu.
"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga.
"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak gunakan.
"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan yang ada batu," jelas Najib.
'Tak salah terima hadiah mahal'
Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata:
"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang.
“Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya,” kata Najib lagi.
Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.
Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi.
Pameran di galeri Najib
Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi. Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan.
Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau bercadang untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada suatu hari nanti.
"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah menggunakannya.
"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak menggunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai pemimpin, saya tak patut menggunakannya.
"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri. Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak itu lagi.
Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.
Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:
“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.
“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.
“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.
'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'
“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.
“Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.
Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:
“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,” jelas Najib.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang yang berbeza itu.
“Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.
“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.
Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan pilihan raya umum ke-14.
“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri Perdana.
“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka.
'Bertanding pilihan raya perlu tunai'
“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.
“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.
“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,” tambahnya.
Najib juga turut mendakwa, salah seorang “orang” Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum ke-13.
Menggambarkan bahawa “orang” itu sebagai seorang “pembantu” yang sangat dipercayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Duta.
Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.
Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum balas.
‘Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya’
Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.
Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihan raya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.
“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).
“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.
“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini telah menjadi kerajaan.
“Mereka menolaknya, saya syak kerana mereka tidak mahu dikenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan memberi kekurangan kepada mereka.
“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala.
“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.
“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.
Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion
“Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik,” ujar Najib lagi.
Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.
Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan kemas yang bernilai RM440 juta.
Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.
Malaysiakini akan menerbitkan wawancara bersama Najib secara berperingkat.
https://www.malaysiakini.com/news/431588 |
|
|
|
|
|
|
|
Kan Jibun dah jawab kata semua itu HADIAH |
|
|
|
|
|
|
|
"Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud."
Jap i wassap Michelle tanya betul ke sheols dapat hadiah harga joota-joota |
|
|
|
|
|
|
|
okie dokie..iols percaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas i baca pengakuan ini, terus rasa simpati kat kak ros |
|
|
|
|
|
|
|
Panjangnya jawapan. Pening nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
[/img]
camtu bubarkanla SPRM ..
pengawai smua kene terima hadiah,cm penguatkuasa dpt, apala sgt rm50 dari juta2 RM tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tokjib jawab tak tau ke?
Ni ala2 tok laki yg tak tau bini ada simpan koleksi Tupperware kt ofis. Bini tak berani bawa balik rumah takut laki bising. Analogi ajelah. |
|
|
|
|
|
|
|
So kira klu g 1 negara or wakil negara tu melawat cni dpt 1 hadiah mahal lah? Xcmpur hadiah besday lg, anniversary lg
Cmtu nk tunM lg byk kot dpt hadiah...yelah 22 tahun jd PM sblum ni... |
|
|
|
|
|
|
|
loser sgt claim hadiah pukul rata..duit 116milion pn simpan dlm umah sendr..xde tmpt selamat ke selain rumah sendr??derma pn masuk akaun sendr..sp2 tegur kene pecat |
|
|
|
|
|
|
|
panjang nya artikel..iols rajin pulak baca sampai habis ..so kali ni keyword dia 'hadiah' ye |
|
|
|
|
|
|
|
btw sapa bekas perenang negara tu |
|
|
|
|
|
|
|
neo_5050 replied at 27-6-2018 11:03 PM
"Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima h ...
kak ros Michelle Obama...whoaaa |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 27-6-2018 11:52 PM
btw sapa bekas perenang negara tu
Si mydin tu kot....yg berenang kt selat inggeris |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, mcm biasa dh terkantoi baru nk ngaku tuh semua hadiah, sblm2 tu senyap ja....
Mcm duit 2.6b dulu jugk...mula2 punya la dok nafi ckp fitnah la apa la...bila dh terkantoi br ngaku duit derma |
|
|
|
|
|
|
|
Barang2 hadiah mahathir dari ketua2 krjn dan org2 politik penuh satu galeri di Galeri Perdana Langkawi. Apa nak heran. Najib juga patut ada satu galeri perdana mcm Tun M utk segala koleksi hadiah beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
apa2lah bijan..... tunggu je la bila so called HADIAH tu makan diri balik. pelik aku bijan nie so poised menjawab panjang berjela |
|
|
|
|
|
|
|
makna kata ? derma jugak ka ni?
hmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
tobby replied at 28-6-2018 12:05 AM
Barang2 hadiah mahathir dari ketua2 krjn dan org2 politik penuh satu galeri di Galeri Perdana Langka ...
Tapi hadiah3 kat galeri perdana tu bukan dlm bentuk mata wang, barang kemas or barang peribadi. Hadiah tu dalam bentuk frame la, kraftangan, pen etc. |
|
|
|
|
|
|
| |
|