View: 2810|Reply: 17
|
[Tempatan]
Mung carilah mayat aku
[Copy link]
|
|
SAYA ingat dia main-main, tak sangka perbalahan kecil sampai dia bertindak sebegitu,” kata wanita berusia 31 tahun kepada anggota polis sebaik menemui mayat suaminya tergantung di dahan sebatang pokok di kawasan hutan dekat Kampung Serdang, Dungun, petang hari ini.
Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui tergantung pada dahan pokok setinggi 10 meter pada 3.45 petang.
Wanita terbabit mengakui berlaku pergaduhan mulut antara dia dan suaminya berhubung masalah rumah tangga pada 5.30 petang, 21 Jun lalu.
Katanya, selepas pergaduhan itu, suaminya keluar dari rumah dengan memandu van milikya.
“Sebelum keluar, suami ada berpesan kepada saya, ‘mu pergi ambil van kat Kampung Serdang dan mu carilah mayat aku di kawasan tu’.
“Saya ingat dia bergurau sehinggalah pada 10 pagi 26 Jun, saya terima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan menemui van milik suami di situ,” katanya.
Wanita itu berkata, sejam selepas itu dia pergi ke kawasan berkenaan dan hanya menemui van suaminya.
Menurutnya, dia mencari di kawasan sekitar, namun tidak menemui suaminya, sebaliknya hanya menemui kad nikah mereka dan kad pengenalan suami sebelum pulang ke rumah.
Katanya, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 9 pagi hari ini kerana bimbang dengan keselamatan suaminya.
Bertindak atas laporan, sepasukan empat anggota dan pegawai diketuai Asisten Superintendan Kamarul Mohamed Salleh melakukan siasatan di sekitar kawasan terbabit pada 3 petang.
Anggota polis yang mengesan bau busuk di situ melancarkan gerakan mencari dan ternampak sehelai kain tuala digantung mangsa sebagai penanda mayatnya ada di situ.
Berpandukan tuala terbabit, anggota polis meredah kawasan hutan itu dan akhirnya menemui mangsa yang hanya memakai seluar jean berwarna hitam tergantung di dahan pokok terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, sepasukan enam anggota dipanggil ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat mangsa.
Katanya, anggota bomba menggunakan tangga dan mayat dibawa turun pada 6.25 petang.
“Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun dan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 9:42 PM |
|
|
|
|
|
|
|
nekad betul,merajuk smpai mcmtu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
5 Hari timeframe sebelum van sighted.
Sorry eh. Bau ikan. Si bini harus ke lokap utk reman siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Sanggup kau bunuh diri kerana merajuk. Hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh..merajuk sampai bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 dpt tiket vvip masuk neraka terus tk kuar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak layan kisah cinta jantan straight. |
|
|
|
|
|
|
|
bergaduh ape? boleh sape2 bgtau info kalau ade?
ko gaduh tp buat tindakan bosoh, x tahu ke ape nasib org saje gantung diri sampai mati???? |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 ego eh..xnak berdamai.. mcm si isteri x cari je suami dia hilang berhari2 |
|
|
|
|
|
|
|
bij, dlm 5 hari , kau tak cari suami kau ke, bij? isteri mcm apa ne? |
|
|
|
|
|
|
|
so laki dia in 5 days tu mmg mcm dging segar ke? xde membusuk ke haper??
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah.................... |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut kogoro mauri, terdapat prima facie dalam kes ini. mungkin isteri ada affair & bf nya yg membunuh suaminya itu. 10meter tu tinggi jugak dia panjat naik ape. |
|
|
|
|
|
|
| |
|