View: 20722|Reply: 140
|
"Tolong!!!!! Panas!!!!!"-Sayu, Saksi Lakon Semula Saat Zulfarhan Ditek
[Copy link]
|
|
Seorang saksi yang menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu telah menyebakan suasana pilu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut itu.
"Tolong!!!!! Panas!!!!!," jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).
mStar Online melaporkan, Senabil adalah individu yang melihat mangsa ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.
Foto: mStar Online
Mengimbas kembali, di bilik tersebut, tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem Mohd Ali, bertanya beberapa soalan kepada mangsa namun mangsa dikatakan memutrar belit jawapan sebelum dia ditumbuk di perut sebanyak dua kali.
Abdoul Hakeem kemudian menyuruh mangsa membuka seluar dan menyambung memukul mangsa sebelum 10 lagi individu masuk ke dalam bilik tersebut.
Mangsa juga dipukul dengan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah.
Sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.
"Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat."
Ahmad Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.
"Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa."
Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.
Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Binatang! |
|
|
|
|
|
|
|
Simbah dengan minyak panas menggelegak je depa ni. Rasain sedap ke idok
Dasar syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah adil wahai hakim dalam membuat keputusan hukuman ....jangan lah jadi macam kes datin rozita dan lelaki main mercun tu....tak munasabah sungguh keputusan. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Xnk baca n follow kes ni sbb x sanggup nk bayang... rsa mcm nk pecah dada rsa ‘sakit’ nya tu....mcm mna lah budak2 ni hati iblis sgt buat mcm tu...
Kite iron baju tekena tgn sket pn bleh kuar air mata |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah masa umur 5 tahun mereka ni bunuh kucing? |
|
|
|
|
|
|
|
..so bapa Muhammad Najib Mohd Razi pernah ugut Senabil ni jgn cerita lah kan. Bukan main lagi Mohd Razi nak back up anak ya
Kena kat anak sendiri baru tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.
wtf???? bapak nye pun perangai lahanat....padan la anak jd cenggitu |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu dalam agama kita pun dah cakap, memang antara penduduk neraka esok antaranya ahli peguam dengan hakim. Kalau rasa tak boleh nak berkata benar dan membuat keputusan secara adil, memang menempah ke neraka la jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Abdoul Hakeem ni kepala depa la ni.. lain2 tu menurut arahan dia? tekap balik seterika bara tu kat depa sekoq2... |
|
|
|
|
|
|
|
aku heran,
apa semua penuntut UPNM mmg dh diajar supaya patuh pada arahan ketua aja ka? atau org yg berkuasa dari dia?
bukan patuh pada arahan Tuhan?
dari mangsa/pelaku /saksi semua takde rasa pape nk report seblum mangsa mati
semua pengecut, cmni ke bakal askar kita?, harap semua saksi tu dipecat,dibuang dari UPNM jugakla psl pengecut bukan ada dlm kamus askar.
yg aku terlebih heran, mangsa pun tk bitau kt mak pak yg lahirkn dia, smpai sembunyikn bnda ni smpai mati
apa punya ajaran agamala di ajar kt UPNM ni
taat pada ketua lebih tinggi dari taat pada perintah Tuhan
aku harap, klu UPNM tk berubah, tutupla UPNM ni, ubah jadi ladang ternak fedlot lembut lagi bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Moga keadilan dan kemenangan diberikan kepada mangsa dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
- Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.
- Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. -CARI
Copy the Code
paling celaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prettyuglybabe at 29-6-2018 03:35 PM
so bapak si nabil tu tak kena tindakan apa-apa ke sebab mengugut saksi?
eh.. bapak si najib.. nabil pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..hanat betul prangai bapakelok la dia buat polis report
anak dah bunuh orang lagi nak tunjuk taiko
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga keadilan dan kemenangan diberikan kepada mangsa dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..
Terima kasih adik Senabil..
Walaupun rasa nak marah sebab awak tak tolong masa Zulfarhan tengah sakit2 tu, tapi, bila awak berani cerita yang benar kat mahkamah ni, rasa reda sikit nak marah..
Moga sangkutlah 302 kat pelaku2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai begitu sekali mangsa diseksa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak pun main ugut saksi. Wow, bad seed all the wayyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka punya kawan. Melayu bunuh Melayu |
|
|
|
|
|
|
| |
|