CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2246|Reply: 5

Aku Nak Tengok Muka Rosmah! Kenapa Tak Datang Sokong Najib? - Netizen

[Copy link]
Post time 4-7-2018 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia, hari ini sedang hangat membincangkan dua isu yang bukan sahaja menggemparkan negara, bahkan ke peringkat dunia iaitu berita penangkapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mayat bayi lelaki berusia lima bulan yang disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais.

Bagaimanapun, penulis tertarik menulis mengenai reaksi rakyat berhubung isu penangkapan mantan pemimpin negara itu.








Walaupun dilemparkan pelbagai tohmahan berat, Najib masih menerima sokongan kuat daripada sebahagian rakyat Malaysia. Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, Najib disambut penyokongnya yang berkumpul di kompleks mahkamah.




Foto: Reuters




Sokongan kuat serta himpunan solidariti tanda sokongan kepada Najib, bagaimanapun mendapat kecaman segelintir pihak.






Malah, ramai berasa kurang senang dengan segelintir masyarakat terutama penyokong Najib yang disifatkan bersimpati tidak bertempat.


Orang Malaysia mudah kesian






Dalam masa sama, netizen mempersoalkan motif Najib memuat naik sebuah video sebaik ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).








Minta simpati ke?


"Macam dah tahu awal-awal je Najib nak kena tangkap.

"Dah kena tangkap, dia buat video minta simpati pula,"
komen netizen.








Lebih menggamatkan keadaan, ramai tertanya-tanya di mana 'bayang' Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak kelihatan memberi sokongan kepada suaminya.


Patutnya Rosmah yang kena tangkap


"Sepatutnya di saat begini Rosmah bagi sokongan pada Najib, tapi dia pula melarikan diri,"
ujar netizen.








Sementara itu, kecoh di laman sosial dengan penularan sekeping gambar memaparkan Najib dan Rosmah kononnya mereka bertemu bomoh sebelum penangkapan beliau.




Foto: Twitter




Bagaimanapun, kebenaran gambar itu masih belum dapat dikenal pasti.

Namun, apa yang pasti biarlah segala kebenaran terungkap segera supaya rakyat boleh hidup dengan tenang dan aman tanpa diselubungi teka-teki serta tuding-menuding memfitnah pihak terbabit. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah patut dtg to give mental n emotional support. Tapi maybe juga Najib xbagi dtg. Too much pressure for her. Rosmah pn mungkin next ddakwa. Klu sahih last gambar tu nampak perawat islam ja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 01:39 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 4-7-2018 01:32 PM
Rosmah patut dtg to give mental n emotional support. Tapi maybe juga Najib xbagi dtg. Too much press ...

dlm keadaan skrg ni...pgl perawat islam utk apa? nk buang badi sial ke? saje tanya sbb confuse jugak
ke nk buang hantu dlm badan yg jd penyebab dia buat onar selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 03:16 PM | Show all posts
Ada je dia datang tapi lepas selesai hal dalam kamar mahkamah, nampak Awani ada siar kan dia ada diruang legar sementara nak tunggu selesai bayar ikat jamin sampai berjumpa semula dengan Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Time2 mcm ni masih lagi nk jumpa bomoh..mengaku salah sajalah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 09:34 AM | Show all posts
Rosmah adelah kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.231830 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list