Faizal mendakwa seorang pemanggil yang dipercayai wanita menghubunginya dan mengeluarkan kata-kata hinaan. Wanita yang dikatakan Faizal daripada ‘ahli keluarga sendiri’ itu telah mengatakan Faizal seorang artis sendu, tidak popular dan tidak mempunyai kerja.
Bagaimanapun, Faizal sendiri mengakui dirinya kurang popular kerana itu dia bekerja kuat mencari rezeki. Fazial berasa kesal dengan perbuatan wanita tersebut kerana sedikit sebanyak kata-kata itu telah meruntuhkan semangatnya.
Simpati dengan nasib Faizal, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Janna Nick meninggalkan komen memberikan sokongan kepadanya.
Foto: IG realckfaizal
Siapa yang berani buat panggilan menghina tu? ‘Ahli keluarga sendiri’ itu maksudnya dari syarikat yang sama ke? Tak baiklah macam tu, seperti kata Siti, tak perlulah dengki dan iri hati dengan rezeki orang lain. Bertabahlah ya, kami doakan rezeki Faizal makin bertambah selepas ini. - CARI