CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 11

Najib Boleh Cakap Apa Yang Dia Nak - PDRM

[Copy link]
Post time 10-7-2018 05:14 PM | Show all posts |Read mode
"Dia (Najib) boleh cakap apa yang hendak dikatakannya

dan kami hanya menunggu sebarang tindakan susulan serta permohonan rasmi

berhubung isu pelanggaran SOP ini."



Bekas Perdana Menteri ingin menyaman Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berikutan mendakwa serbuan dan rampasan yang dilakukan jabatan itu tidak mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan.




Foto: Reuters




Memetik BH Online, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagaimanapun belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Datuk Seri Najib Razak.

"ada masa ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak Datuk Seri Najib berhubung tindakan saman yang dikemukakan dan saya tidak dapat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini.

"Apa yang penting, pihak kami ingin melihat apakah yang sebenarnya bentuk melanggar SOP seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib.

"erkara ini adalah berkaitan dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan dia sendiri sudah mengemukakan saman, maka kita (PDRM) tunggu dan lihat sajalah," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.




Foto: BH Online




Najib sebelum ini menyaman tiga penyiasat kanan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu Amar Singh, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull dan Peguam Negara Tommy Thomas atas dakwaan prejudis terhadapnya sepanjang tempoh siasatan dilakukan.




Foto: The Malaysian Insight




Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan Mohamad Fuzi mengesahkan pihaknya belum menerima permohonan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk memulangkan barang kemas dipercayai ada kaitan dengan siasatan yang dirampas memandangkan ada prosedur yang perlu diikut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak duit bayar lawyer sampai tiga orang nak saman. Guna duit kutip derma tabung najib tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 06:19 PM | Show all posts
Sesiapa yang lalu dekat rumah Najib di Jalan Langgak Duta mungkin ada mendengar orang menyanyikan lagu ini terutamanya dalam bilek mandi.

Najib lah yang nyanyi tue.....hahahahahaha

Lagu diubahsuai dari hit Allahyarham George Jones " She thinks I still care" - "She thinks I steal cars"


[size=1.125em]
She thinks I steal cars

Just because my attics full of hubcaps
Just because the basement’s full of tires
Just because I ground the numbers off her engine block
She thinks I steal cars

And if she’s happy thinking I’m a car thief
I guess it’s cause I gave her such a deal
But all her old friends keep asking questions
Like where did you get that Oldsmobile

And just because the police came this morning
Just because they slammed behind bars
Just because she found the bathtub full of auto parts
She thinks I steal cars

She thinks I steal cars




Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib reti sembang gertak jah padahal telo pon kepit. Lepas kalah haritu dah 5 saman ditarik balik. Dasar pondan!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit sikit saman
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:49 AM | Show all posts
betoi sb dh xberkuasa bleh je dia ckp apa yg dia nak hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 10:01 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 11-7-2018 10:02 AM

Bukan je NAJIB boleh cakap apa je yang dia nak, KakMAH pun boleh
antara mana-mana syarikat pembekal barang kemas INGTERNATIONAL
menuntut barang-barang yang dirampas polis.
Ini memang kebiasaan NAJIB & KAK MAH.
1mdb bayar kat IPTC tipu 4 b illion.
Duitnya hilang entah ke mana.
Sekarang, muncul pulak syarikat pembekal barang kemas International
menuntut balik barang kemas mereka. Orang bodoh je boleh ditipu
laki bini  Boni & Clyde .
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:02 AM | Show all posts
its ok, legions of his supporters will help with the legal fees.  

#percumanajib

interesting times. semoga Tun panjang umur and sihat walafiat for these to continue till the fat lady sings.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 10:10 AM | Show all posts
musti saman sebab polis curi coklat....xde dlm sop
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak juga tengok apa akan berlaku dengan saman dari company barang kemas tu. Adakah mereka akan senaraikan item-item dengan gambar secara teratur atau main buat kekonon lump sum saman rm60 juta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 03:42 PM | Show all posts
win gler statement pdrm
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk bukak tabung percuma rosmah plak...nk tlg countdown duit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083862 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list