View: 4652|Reply: 18
|
Najib, Rosmah Kantoi! Ini Semua Muslihat Dapatkan Balik Barangan Kemas - Netizen
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini, cerita mengenai mantan Perdana Menteri dan isteri memenuhi ruangan akhbar mahupun portal media. Ada saja berita hangat mengenai mereka berdua.
Terbaru, rakyat Malaysia kecoh dengan isu Datin Seri Rosmah Mansor yang disaman sebuah firma tukang emas dari Lubnan hampir RM60 juta.
Rosmah, bagaimanapun menafikan dia membeli kesemua barangan kemas yang dituntut firma berkenaan, sebaliknya ia hanya dihantar untuk diperlihatkan kepadanya.
Perkara ini secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia 'mata-mata media sosial' dengan melontarkan spekulasi dan kesimpulan mereka sendiri.
Dek kerana barangan kemas berkenaan berada dalam simpanannya untuk suatu jangka masa yang agak panjang, netizen menjadi tertanya-tanya mengenai kebenaran penafiannya itu.
Kalau tak beli, kenapa disorok?
"Lama disimpan untuk melihat-lihat, kenapa sampai sebelum ia dirampas masih tak dipulangkan?" sindir netizen.
MalaysiaKini juga ada mendedahkan senarai barangan kemas yang dituntut firma Global Royalty Trading Sal (GRT) dan ia menguatkan lagi spekulasi rakyat mengenai sikap boros Rosmah.
Amboi, selera Kak Mah...
"Barangan kemas sebanyak itu, mana mungkin dipinjamkan atau diperlihatkan sebegitu saja melainkan syarikat berkenaan pasti yang individu terbabit mampu membelinya," kata netizen.
Lebih panas, Rosmah dan suami, Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh penipu kerana beliau sebelum ini mendakwa sebahagian barangan kemas yang dirampas merupakan hadiah diterima mereka.
Najib kantoi kelentong
"Kata dapat hadiah kononnya. Kelentong hangitlah!
"Siapa nak percaya kaki belit macam ni," dakwa netizen.
Malah, ada juga yang mendakwa ini semua hanya drama Rosmah untuk mengalih perhatian masyarakat.
Muslihat Rosmah dapatkan balik barangan kemas yang dirampas
Foto: Twitter
Eh, pusing sana, pusing sini. Aduh, pening tak tahu mana satu yang betul. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
biar je la polis siasat betul ke salah. btw consignment utk org super kaya nh tgk dgn test sebel beli dah biasa dah... |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya juri dan hakim.. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai kak mah ni review items2 mahal..hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Spekulasinya sekarang, adakah tauke tu membohong kata tu barang pinjam sebab nak selamatkan Rosmah dan barang kemas tu semua? |
|
|
|
|
|
|
|
Igt kan kalo laki dia menang pilihanraya boleh la korek duit rakyat utk beli jewellery mahal2 skali kalah daaa |
|
|
|
|
|
|
|
apa nama syarikat tu, bukan apa, akak pon nak pinjam tuk tgk2 sambil melaram2 kat majlis kawen sedara mara...pastu nak pulangkan balik, leh tak plisss.
ni mesti semah pulas2 telinga jib kata, yg u ni gi kt hadiah napa, I baru wat skrip nak bodohkan rakyat terutamanya ladies in pink...grrrr. tido luar |
|
|
|
|
|
|
|
takkanla tak insured kalau dah bagi viewing consignment 14mil usd gitu.
apale sgt 60mil bg org yg ada cash 140 juta bawah katil single bilik maid je kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Besar betul selera kak mah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kak.ros mcm buat ig review la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen begitu cepat jadi hakim dan jadi professor serba tau....lps ni takyah buat mahkamah la...buat jer mahkamah rakyat biar pengguna socmed jatuhkan hukumm....cai cai... btw kita kan ada mahkamah serta hakim dan peguam yg bijaksana biar jer depa tentukan...harap tak berat sebelah la..haha |
|
|
|
|
|
|
|
minahsenget replied at 11-7-2018 11:59 PM
Kak.ros mcm buat ig review la kot
Mek rose ni kalau bukak IG sure ramai yg follow |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak collection kakmah ni |
|
|
|
|
|
|
|
taraf queen elizabeth ke rosmah tu sampai byk gile brg kemas org nak kasi tengok je..tak masuk akal |
|
|
|
|
|
|
| |
|