“Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal
dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri ini."
Jarang nak mendengar pelakon penuh kontroversi Fathia Latiff bercerita mengenai percintaan atau mendirikan rumah tangga, kan?
Bercerita kepada Harian Metro, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff, 31, berkata buat masa ini dia lebih rela hidup solo daripada berpasangan kerana khuatir patah hati lagi.
Dia juga mengakui bahawa perkahwinan belum tentu dapat menjamin kebahagiaan seseorang.
“Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan kekasih dan calon suami.
“Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi.
“Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga.
“Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang kerana mahu mengukuhkan nama dalam karier seni,” katanya.
Foto: IG Fathia Latiff
Fathia juga menafikan dirinya dihampiri golongan VIP dan ahli politik kerana baginya, dia bukan lagi pendatang baru untuk digosipkan dengan golongan terbabit.
“Mungkin juga lelaki takut nak mendekati kerana saya nampak lebih matang dan serius dengan karier seni berbanding dulu,” katanya.
Lain individu, lain pendapatnya. Hidup solo pun tak semestinya menjamin kebahagiaan, kan? Semoga Fathia bertemu jejaka yang dapat menggegar pintu hatinya cepat-cepat ya. - CARI |