Sekali pandang bagaikan kedai besi buruk ataupun bengkel membaiki motosikal ataupun basikal. Rupanya-rupanya Kuantan Pickers ialah kedai kopi untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati sepotong kek yang sedap dan lazat.
Foto: Twitterr @knurarishasyafiqa
Kedai yang berkonsepkan kedai kopi Cina zaman 90an ala-ala vintage ini betul-betul membawa para pengunjung ke zaman silam. Walaupun kedai nampak seperti kedai besi buruk, tetapi rasa minuman dan kek di sini begitu tip top! Ditambah dengan harga yang berpatutan.
(Foto: Ig @kuantanpickers)
Pemilik kedai bijak menggunakan bahan-bahan yang 'old school' atau lama untuk menghiasi cafe ini. Jangan terkejut barang-barang antik lama seperti tin milo, keratan surat khabar lama dengan berita-berita menarik tersusun cantik menjadi hiasan dinding cafe ini.
(Foto: Ig @kuantanpickers)
(Foto: Ig @kuantanpickers)
(Foto: Ig @kuantanpickers)
Apa yang menarik di Kuantan Pickers?
Cafe milik bumiputera
Walaupun cafe ini membawa konsep ala-ala kedai kopi cina taun 90an, pemiliknya adalah seorang bumiputera dan sudah pasti ianya halal. Jadi, bagi anda yang tinggal sekitar Kuantan, jangan lupa untuk singgah sini.
Kek-kek yang sedap
Sebenarnya sebelum membuka cafe ini, pemiliknya suda mula menjual kek home made dari rumah sebelum mengembangkan perniagaannya. Melihat instagram pemilik cafe, memang banyak kek yang dihasilkan dan mendapat komen-komen positif dari para pelanggan. Memang patut la ramai yang memuji rasa kek yang terjual di cafe ini kan.
|