Telefon bimbit adalah salah satu aksesori wajib bagi semua orang pada zaman sekarang. Sering tidak lekang dari tangan, telefon bimbit boleh dikatakan seakan ‘nyawa’ bagi sesetengah orang. Namun begitu, bagi segelintir pula, telefon bimbit tidak penting dan sesiapa sahaja boleh menyelongkar telefon miliknya ataupun mereka ini mempunyai tabiat membuka telefon orang lain sesuka hati.
Jadi, bagi mengelakkan golongan seperti ini terlihat atau ternampak foto peribadi anda, boleh ikuti tip yang diberikan oleh Wiser.my ini. Bukan apa, ia bagi mengelakkan kemungkinana aurat anda, isteri atau suami terlihat secara tidalk sengaja ketika rakan meneroka galeri anda. Tip ini adalah untuk pengguna android sahaja ya.
1. Langkah pertama, pergi ke file manager atau my files , kemudian pilih whatsapp > media
Foto: Era.je
2. Kemudian pilih folder whatsapp video dan whastsapp image.
Foto: Era.je
3. Setelah itu, pindahkan kedua-dua folder tersebut kepada folder baru.
Foto: Era.je
4. Pastikan folder baru itu dilabelkan dengan nama yang mudah anda ingati bagi mengelakkan anda terlupa lokasi file yang telah dipindah.
Foto: Era.je
5. Selesai memindahkan file, ubah nama folder anda tadi dengan meletakkan titik supaya pihak tertentu sukar mendapatkan lokasi file yang telah dipindah.
Foto: Era.je
Bagaimana, mudah bukan? Setelah selesai memindahkan file jangan lupa untuk memadamkan file yang masih ada di dalam folder whatsapp image dan video. Semoga berjaya! - CARI |