Pengalaman yang mencemaskan buat Black dan isterinya, apabila bayi yang masih dalam kandungan tidak lagi bergerak selepas menikmati durian.
"Cira memang penggemar durian. Seperti kebiasaannya, saya akan memanggil nama bayi dalam kandungan Cira dan pastinya anak kami akan respon dengan bergerak.
“Lepas Makan Durian, Bayi Tak Bergerak,” Black Cuak Anak Tak Respon
"Tetapi ketika itu, sewaktu Cira baru selesai menjamah durian, tiada respon diterima dari anak kami. Kami berdua sudah risau.
"Alhamdulillah, selepas kami memanggilnya buat kali ketiga, bayi kami mula memberikan respon seperti biasa. Selepas itu, saya nasihatkan isteri agar berwaspada jika dia teringin untuk menikmati durian.
"Lebih baik berpada-pada kerana tak mahu perkara yang sama berulang lagi," kata Black pada Astro Awani.
Black juga tidak mahu mendedahkan jantina cahaya mata keduanya lagi pada umum dan hanya akan maklumkan apabila sudah tiba masanya.
"Saya tak sabar menunggu kehadiran anak kedua. Bercakap mengenai jantina dan nama, buat masa ini biar kami simpan dahulu.
"Nama bayi pun sudah kami pilih tetapi biarlah kami umumkan kelak di masa yang sesuai. Doakan kandungan isteri saya berada dalam keadaan yang baik," katanya lagi.
Pasangan manalah yang tidak cuak bila keadaan begini berlaku. Semoga bayi berada dalam keadaan baik sehinggalah proses kelahiran. - CARI
|