View: 7565|Reply: 61
|
[Tempatan]
Kelibat misteri di Parlimen gemparkan netizen
[Copy link]
|
|
Edited by tanakkampung1x at 18-7-2018 07:46 AM
http://www.mstar.com.my/berita/b ... /17/kelibat-misteri
PETALING JAYA: Hari kedua persidangan Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman Twitter miliknya.
Namun, foto berkenaan menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.
Selepas netizen berteka-teki dan memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung perkara itu.
Terjawab persoalan netizen apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada P. Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang dilantik sebagai senator dan hadir pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Bangunan Parlimen, pagi Selasa.
Ia sekaligus menghapuskan tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.
Tetamu Senator P. Waytha Moorthy yang disangka sebagai kelibat misteri di Parlimen.
Menerusi tweet itu, Ali Hamsa mengucapakan tahniah kepada senator yang baru mengangkat sumpah.
Namun, foto yang mengiringi tweet tersebut mula menjadi perdebatan netizen yang meminta penjelasan mengenai identiti individu berkenaan.
"Mohon penjelasan Tan Sri siapakah atau apakah yang terdapat dalam gambar tersebut," tulis @NormIntel.
"Gambar pertama dan kedua tu macam ada sesuatu yang tak kena," tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Sehingga kini posting berkenaan mendapat 152 ulang kicau (Retweet) dan menerima 178 tanda suka.
Namun, terdapat beberapa pengguna turut mencelah bagi memperjelaskan situasi sebenar foto tersebut setelah ia mula dipersoalkan netizen.
Foto dari Twitter Ali Hamsa yang menimbulkan perdebatan netizen sejak ia dimuat naik pada petang Selasa.
"Itu adalah tetamu YB Senator. Kedudukan tu memang ada dua kerusi kat situ, angle jurugambar membuatkan seperti dua orang duduk atas satu kerusi," tulis @EnchekBaien.
"Bukan penampakan lah, dia memang manusia. I served him tadi," tulis seorang individu yang dipercayai petugas Parlimen.
Dalam sidang yang berlangsung di Dewan Parlimen pada pagi Selasa, Waytha Moorthy bersama tujuh lagi individu mengangkat sumpah sebagai senator atas lantikan Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... 7pK8IY30DGIekmH4.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian uncle/sami ni. Tak pasal2 kena viral semalam |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tengok aku pun ingtkan makhluk misteri
alahaiii..rupa2 nya...tok sami..
tp kalau jumpa mlm2 mcm tu pengsan dulu x sempat nak lari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 18-7-2018 07:58 AM
klu tak di terangkan, mesti melalut lalut tuduh tu jin KakRos tak puashati............ |
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 18-7-2018 07:47 AM
Kesian uncle/sami ni. Tak pasal2 kena viral semalam
Kau kesian kau bawa dia balik Sarawak...bagi tanah adat korang kat dia
Sembang je kencang ko ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha..mcm insan tersisih aje
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 18-7-2018 07:59 AM
Kau kesian kau bawa dia balik Sarawak...bagi tanah adat korang kat dia
Sembang je kencang ...
Kih kih kih . Lawak hang ni.. aku pun terkojot.. hitam..nmpk 3 line jah |
|
|
|
|
|
|
|
Memang style dia mendatangkan fitnah. Anyway jangan jalan memalam macam tu, bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, dia pendatang jer tak layak dapat tanah adat
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha baru je nak membawang ckp bwk antu raya skali td..wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
tapi apa fungsi kehadirannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tanakkampung1x at 18-7-2018 08:37 AM
Semasa majlis angkat sumpah semua ahli parlimen boleh bawa 2 jemputan. So bawalah anli keluarga, penyokong parti, spiritual leader etc etc. Hanya untuk majlis angkat sumpah sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
oo.. okay.. good info..
baru hari ni iols tau..
tq tt..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kalau nak masuk parlimen kena ada etika berpakaian ke, selebet jer tgk.....maybe atas kapisiti tok sami dia blh lepas.......
|
|
|
|
|
|
|
|
jofizo replied at 18-7-2018 08:40 AM
bukan ke kalau nak masuk parlimen kena ada etika berpakaian ke, selebet jer tgk.....maybe atas kapis ...
Kan. Ada sekali tu, Ganja tak dibenarkan masuk hanya kerana Ganja pakai running shoes. Dah la nak masuk atas urusan kerja, sekali tak boleh masuk. Kau ghase? Nasib la boss Ganja tak bising time tu. lepas-lepas tu baru insof bawak formal shoes siap-siap kalau ke parlimen. Motif Ganja cerita semuanya? Lol |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dianggap penampakan misteri |
|
|
|
|
|
|
|
tiga line level Ayahanda kan |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa nyembah jin ni memenag rupa pun mcm jin ..seram dan suram
kalau aku pun takut..iyeke manusia betul tu..aku tetngok mcm penampakan paranormal entiti gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Xde gmbar closed up ke? Aiyo tgok dlm gambar mmg scary pn |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa kelibat tu meols tgk mcm cerita conjuring lah plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|