CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 6

Gelar Pemuda UMNO Samseng, Ramkarpal Singh Diarah Keluar Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 19-7-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan Ramkarpal Singh yang angkuh dan tidak mahu menarik balik tuduhan 'samseng' terhadap Pemuda UMNO membuktikan beliau tidak menghormati institusi Parlimen dan kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata sikap tersebut melambangkan mentaliti dan tahap kematangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang masih gagal membuang sikap pembangkang dalam dirinya.

Foto: channelw.my


“Sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dalam terma ‘Malaysia Baharu’ yang mereka sendiri ciptakan, ketinggian moral dan nilai adab sepatutnya menjadi keutamaan dalam perbahasan, sementelah Parlimen adalah institusi yang penuh istiadat dan protokol, perjalanannya mestilah sentiasa disantuni dengan moral dan tatasusila yang tinggi.


“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof atas ketegasan beliau dalam mengendalikan sidang dengan penuh profesional dan mengambil tindakan terhadap Ramkarpal, ini penting bagi memastikan Ahli-ahli Dewan yang lain sentiasa menghormati persidangan yang sedang berlangsung."


Ramkarpal diarahkan untuk meninggalkan sidang Dewan Rakyat ekoran keengganannya untuk menarik balik perkataan 'samseng' yang dilemparkan terhadap Pemuda UMNO yang didakwa menyerang bapanya, mendiang Karpal Singh di pekarangan Parlimen beberapa tahun lalu. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
So what...umno memang samseng pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang benar tu memang pahit untuk diterima. ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kap lam ya nun nga ni memang ini la perangai dia...hadap la dgn perangai ba alif ba ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 11:09 AM | Show all posts
Ada dua pandangan mengenai perkara ini.

1. Ramkarpal Singh: Sebagai seorang anak, kemelut perasaan yang dialami kerana bapanya (mendiang Karpal Singh) yang berkerusi roda diserang oleh pemuda2 UMNO suatu ketika dahulu memang susah untuk dilupakan. Oleh itu, perkataan 'samseng' keluar disebabkan oleh emosi perasaan. Perlu diingatkan Ramkarpal Singh tidak menyifatkan pemuda UMNO yang sekarang sebagai 'samseng', tetapi beliau hanya menyebut mengenai ahli-ahli yang terdahulu. Oleh itu saya tidak setuju dengan perkataan "angkuh" yang ditulis oleh CARI. That is his integrity as the son, protecting his father's legacy lah.
2. Memang tidak patut emosi dikeluarkan ketika persidangan parlimen. Perkataan 'samseng' berunsur emosi dan tidak professional. Saya setuju Ramkarpal Singh dikeluarkan dari dewan meskipun beliau adalah ahli DAP, salah satu komponen PH, dan beliau menceritakan perkara yang benar. Ini menunjukkan yang Dewan Rakyat sekarang berlaku adil. Bukan seperti kerajaan yang terdahulu - UMNO dan BN jer nak menang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 11:27 AM | Show all posts
syabas pemuda umno. ada pekara kita kena sokong pemuda umno jangan bagi mereka besar kepala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak masih ingat diaorg pembangkang,konon konon dah jadi kerajaan sesedap rasa nak kata org samseng haha padan muka kena halau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.035961 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list