|
Rumah Limas Potong di Kampung Melayu, Batam, Kepulauan Riau adalah merupakan satu-satunya rumah tradisional Melayu yang masih bertahan di Batam, Indonesia.
Rumah ini memiliki lima bahagian utama, iaitu teras, ruang depan, tengah, belakang (tempat tidur) dan dapur.
Foto:Facebook
Bahagian depan rumah digunakan untuk mempamerkan foto-foto sejarah tentang Rumah Limas Potong ini, manakala ruang tengah ditempatkan diorama pengantin khas Melayu dan bahagian belakang merupakan sebuah ruang yang berisi tempat tidur berkelambu dan bercantum dengan dapur.
Peralatan dapur dan makan khas orang Melayu masih dijaga dengan baik dan dipamerkan di bahagian dapur rumah, seperti piring, senduk, tungku kayu, beberapa tempayan, dan lain-lain.
Foto:Facebook
Rumah tradisional ini milik Haji Sain, salah seorang penduduk Batam yang tiggal di rumah ini sejak November 1959.
Rumah ini berada di tengah-tengah perkampungan Melayu, kontra dengan rumah-rumah di sekitarnya yang lebih moden.
Foto:Facebook
Lokasi : Kampung Melayu, Batu Besar, Nongsa
Waktu operasi : Setiap hari, 9 pagi-5 petang
Harga masuk : Percuma
Foto:Facebook
Foto: Facebook
Jangan lupa singgah ke Rumah Limas ini jika berkesempatan melawat Batam ya! -CARI |
|