Benarlah, hidayah itu milik Allah.
Zul Handy Black yang 10 tahun dahulu dikenali dengan kegemarannya berpeleseran dengan wanita serta melakonkan watak ghairah kini sudah berubah 360 darjah. Kini, Zul giat berdakwah menggunakan medium muziknya untuk mengajak umat manusia lebih dekat dengan Islam.
Namun, adatlah dalam menyampaikan perkara baik, ada sahaja yang menghalang sehinggakan Zul marah di media sosial.
Kredit foto: IG Zul
Panjang lebar penjelasan Zul. Betul juga, dakwah itu ada pelbagai jalannya, mungkin pendekatan Zul yang agak keras tidak menyenangkan sesetengah pihak. Tetapi, tidaklah bermakna Zul menyerang peribadi seseorang, ia lebih kepada menegur maksiat yang dilakukan terang-terangan.
"Ada orang cakap, kau dah jadi camni sekarang, boleh ja nak cakap macam-macam, ajak orang hijrah itu la, ini. Ingat senang ke nak hijrah kalau hidayah tak sampai?"
"Saya tak nak komen macam-macam. Tapi, yakinlah Allah akan berikan hidayah itu. Tapi, hanya kepada mereka yang benar-benar menginginkannya. Jangan kita salahkan takdir, hidayah tak sampai lagi kat kita. Sebenarnya Allah belum izinkan sebab Allah maha mengetahui isi hati kita."
Jadi, Zul marahkan siapa sebenarnya?
Biarpun tidak menyatakan siapakah yang ditujukan nasihat tersebut, namun sebenarnya Zul sangat marah terhadap mereka yang menjadi musuh Allah, iaitu tidak solat dan gaya hidup mereka langsung tidak mencerminkan Muslim.
Bersama Dr.Sam yang pernah popular satu ketika dahulu
Apabila melihat laman Instagram Zul, nampaknya dia bersungguh-sungguh mahu mengajak lebih ramai umat mendekati Islam yang sebenarnya. Cuma, mungkin nasihat dan kata-kata Zul yang dilontarkan agak keras kerana disekelilingnya dipenuhi orang yang keras hati. Jadi, tidak salah untuk menegur keras mereka yang jahil serta terang-terangan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.
Jika Zul Handyblack yang dulunya jahil boleh berubah, kita yang ada sedikit bekalan ini juga boleh berubah juga kan? - CARI |