Susulan pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah bermula tahun depan, rata-rata peniaga yang menjual kasut sekolah bimbang dengan lambakan stok kasut putih.
Kredit foto: Oh Gebang
Berikutan itu, MalaysiaKini melaporkan terdapat peniaga meletakkan harga kasut sekolah warna putih serendah RM10 sepasang.
Langkah berkenaan diambil dengan harapan dapat menghabiskan stok kasut sebelum arahan pemakaian kasut hitam mula dikuatkuasakan.
Kredit foto: MalaysiaKini
Menurut laporan, lori mudah alih yang dipenuhi kasut sekolah warna putih itu ditemui di luar sekolah rendah di Sungai Kandis, Selangor.
Maszlee, bagaimanapun berkata pelaksanaan pemakaian kasut hitam itu akan dibuat secara berperingkat supaya semua pihak tidak terbeban dan dapat menyesuaikan diri dengan pelaksanaan berkenaan. - CARI |