|
Dengar cerita, pelakon Saharul Ridzwan, 29, menerima mesej ugutan mahu 'membunuhnya'. Alamak, kenapa pula tu?
Ha, itulah buktinya Saharul berjaya membawa wataknya sebagai Shahrizal Hayrat (Shah) dalam drama Jangan Benci Cintaku dengan jayanya!
Memetik BH Online, Saharul mengakui menerima mesej berkenaan daripada penonton yang begitu terkesan dengan lakonannya hingga 'dibenci' penonton sedemikian rupa.
Namun, pelakon itu menganggap ia hanya gurauan penonton yang terbawa-bawa dengan wataknya dalam drama berkenaan.
"Drama ini mempunyai jalan cerita yang kuat, membuatkan penonton tertarik untuk mengikutinya. Jika dilihat, saya tidak terlalu agresif mempromosikan drama ini di laman sosial. Alhamdulillah, ia tetap diterima.
"Kejayaan drama ini bukan hanya kerana gandingan pelakon, malah ia juga hasil kerja berpasukan. Alhamdulillah, watak Shah turut meninggalkan impak kepada penonton. Mereka marah dan geram dengan Shah.
"Biarpun drama ini diterima baik, tidak pula saya rasa diri ini kembali popular. Bagi saya, semuanya masih sama sejak Jangan Benci Cintaku diperkatakan," katanya.
Kredit foto: IG Saharul Ridzwan
Selain Zahirah MacWilson, Saharul bergandingan dengan Niena Baharun dalam drama terbitan Suhan Movies yang mencetuskan fenomena itu.
Alahai, penonton pun janganlah melampau sangat sampai terbawa-bawa drama itu ke dalam dunia nyata. - CARI
|
|