Siapa yang dah tonton video klip Hajat dari Hael Husaini?
Katanya unik serta 'anti cliche' sebab menggunakan model bersaiz besar dan 'chubby'. Lebih menarik selain kehadiran Sherry Al Hadad dan Dottie, watak yang muncul di penghujung video (paling gempal di antara ketiga-tiganya) ialah Polla Thai (insta famous pondan di negara gajah putih).
Disebabkan melodinya yang 'catchy' serta video klip yang menarik, khabarnya lagu Hajat di Youtube mencapai 100 ribu tontonan dalam masa 12 jam sahaja. Wah! hebat.
Kredit foto: IG Hael Husaini
"ertama kali dengar lagu ni dah jatuh hati. Video klipnya pula ..."
Eh! Ada pula yang mengucapkan tahniah kerana Hael berjaya tanpa gimik merepek. Perli siapa tu?
Kredit foto: IG Polla
Apatah lagi gambar-gambar promosi yang menampakkan Hael seperti orang kerdil membuatkan netizen lebih teruja.
Tidak ketinggalan komen-komen yang lucu dan menghiburkan.
Ternyata peminat terhibur dengan lagu yang lunak didengar dan adalah bonus jika setiap penyanyi bijak menggunakan pelbagai medium sama ada media sosial atau media konvensional bagi mempromosikan lagu mereka. Hal ini membuatkan sesebuah lagu menjadi 'trending' dalam masa singkat. Oh! Jangan lupa kualiti pula ya. - CARI
|