View: 1741|Reply: 9
|
"Siapa Berani Kacau, Saya Terajang Mereka!"- Nenek 75 Tahun Nekad Bela
[Copy link]
|
|
Selalu kita lihat aksi individu mahir dalam seni mempertahankan diri karate seperti mematahkan papan. Bukan calang-calang orang mampu melakukan aksi tersebut.
Seni ini bukan sahaja diminati golongan muda, warga emas juga ingin menguasainya!
Foto: Mirror UK
Ede Smith yang kini berusia 75 tahun mampu mematahkan papan dan menterbalikan susuk lelaki yang tiga kali ganda lebih berat daripadanya. Lebih mengagumkan, aksi ini dilakukan oleh wanita yang mempunyai ketinggian hanya lima kaki satu inci (157 sentimeter) dan menghidap arthritis serta pernah melakukan pembedahan penggantian lutut.
Ede yang juga bekas tentera nekad mempelajari seni mempertahankan diri ini lima tahun lalu selepas dibawa cucunya ke sesi latihan di sekolah.
Ede amat senang mempelajari langkah-langkah yang diajari dan dia kini hampir memiliki tali pinggang hitam. Menurut Ede, karate mengajarnya lebih berwaspada terhadap sesuatu.
"Saya suka karate kerana ia membuktikan bahawa saya mampu melakukan perkara-perkara yang tidak pernah saya fikir mampu lakukan.
"Ia membuatkan anda berjaga-jaga dari segi mental, seperti langkah yang anda perlu tahu apabila pukulan seterusnya akan datang. Jika seseorang cuba menyakiti saya, saya akan menendang mereka.
"Menantu saya memiliki ketinggian 193 cm dan dia selalu menyakat saya mengenainya. Pada suatu malam, saya pergi ke rumahnya dan memintanya untuk menumbuk saya. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila dia yang dipukul di bahagian dada," katanya.
Sementara itu, suaminya, Colin menyokong minat Ede dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"Colin sangat bangga. Dia selalu berkata, anda boleh melakukannya," Ujar Ede dipetik daripada Mirror UK. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
comel nenek ni, nak kacau pun tak sampai hati nek. rasa nak picit2 ja pipi kedut dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga-jaga nek. Sibuk nak terajang orang lain tak pasal-pasal tulang pula yang patah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ler nenek suka excercise cam tu dah tua2 kalau tak banyak bergerak lama2 jadi jem satu badan |
|
|
|
|
|
|
|
kecik je penumbuk nenek.. |
|
|
|
|
|
|
|
org tua nih kan sasaran mudah penyamun dan pencabul
mesti menyesal penjahat yg coba mengganggu nenek nih
you go, nek |
|
|
|
|
|
|
|
bagus... selain dapat belajar pertahan diri boleh isi masa dengan baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|