View: 1059|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kejam! Ibu Durjana Sanggup Bunuh Bayinya Hanya Kerana Jantina
[Copy link]
|
|
Seorang ibu durjana sanggup membunuh bayinya yang baru sahaja dilahirkan, hanya kerana bayi itu berjantina perempuan.
Kredit foto: www.hindustantimes.com
Memetik laporan Hindustan Times, suspek, Reeta Devi dikatakan tidak mahu lagi anak perempuan kerana sering bertengkar dengan suaminya mengenai dua anak perempuan mereka yang lain sebelum kelahiran anak ketiga ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vijay Kuma berkata, hasil bedah siasat mengesahkan bayi tersebut mati akibat dicekik, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.
“Devi telah ditangkap selepas tiada bukti menunjukkan suaminya, Asharfi Mahto melakukan perbuatan itu.”
Difahamkan, wanita berusia 32 tahun itu melahirkan anak ketiganya kira-kira pukul 3.50 pagi di sebuah hospital di Montinagar, Ahad lalu.
Tambah Vijay Kumar, bayi yang dilahirkan dalam keadaaan sihat itu didapati sudah tidak bernyawa lagi selepas dua jam kemudian dengan kesan hitam pada hidungnya dan bibirnya.
"Kemudian doktor segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki bayi terbabit dibunuh oleh ibunya ketika bayi itu ditinggalkan bersendirian." - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh btl..apsal ko xcekik diri sndiri jer ??babi btl mcm nie punye mak pn ade |
|
|
|
|
|
|
|
Depress la ni.....antara kehendak suami bodo dengan takdir. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi, zmn skg org kata ank pmpuan yg lg reliable nk jaga parents. Tertgk program TV yg ada mak amber chia, skg anak pmpuan bagus. Dulu2 kn dorg utamakan ank laki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|